Mustahil Umno-Pas adakan kerjasama politik

Mustahil Umno-Pas adakan kerjasama politik


Umno tidak mungkin dapat mengizinkan sebilangan besar kerusi yang dimenangi mereka dilepaskan ke tangan Pas begitu sahaja, sekiranya ada kerjasama politik dengan parti terbesar terbabit, kata Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Datuk Tuan Ibrahim Tuan ManUmno tidak mungkin dapat mengizinkan sebilangan besar kerusi yang dimenangi mereka dilepaskan ke tangan Pas begitu sahaja, sekiranya ada kerjasama politik dengan parti terbesar terbabit, kata Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man.

Belau berkata, Pas sehingga kini masih menganggap Umno adalah saingan terbesar parti Islam itu dan sudah pasti tidak akan melepaskan kerusi yang dimenangi begitu sahaja meskipun jumlahnya jauh lebih kecil jika dibandingkan apa yang Umno ada.

“Oleh itu, adalah mustahil bagi Pas dan Umno mengadakan kerjasama politik dan mereka yang mencanangkan adanya kerjasama politik antara Pas dan Umno hanyalah fitnah.

“Dari sudut politik, sejarah membuktikan Pas adalah saingan utama kepada Umno, terutamanya dalam isu berkaitan dengan Islam dan kebajikan rakyat walaupun Pas tidak pernah memegang kuasa kerajaan pusat,” katanya dalam satu kenyataan dilapor Sinarharian.

Katanya, sebagai contoh, Pas di Kelantan telah mendahului pelbagai perubahan seperti sistem kerja lima hari, cuti bersalin 60 hari, pemberian khairat kematian dan kebajikan lain yang akhirnya terpaksa ditiru oleh kerajaan Umno.

Tambahnya, pada masa kini, Pas juga mengemudi RUU355 dan parti Islam itu buat kali ketiga membuat perhimpunan untuk Rohingya serta akhirnya Umno turut menyatakan sokongan terhadap RUU 355 dan juga bantahan kepada Rohingya.

“Jika Pas bukan saingan, masakan Umno akan mengikuti rentak Pas? Pas adalah parti pembangkang yang matang dan efektif, di mana ia mampu membezakan isu yang perlu bekerjasama dengan kerajaan, mendesak kerajaan dan membantah pihak kerajaan.

“Ia tidak menjadi pembangkang yang membangkang secara totok apa yang kerajaan lakukan seperti parti-parti pembangkang yang lain,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Pas akan terus menjadi perintis kepada pendekatan matang dan sejahtera sebagai budaya baru di dalam sistem demokrasi negara.

Pada masa sama, katanya, Pas adalah saingan terbesar kepada Umno di arena politik bagi menggantikan sistem negara dengan Islam.

TAGS