MyCARE sasar RM2 juta untuk tabung kecemasan Aleppo

MyCARE sasar RM2 juta untuk tabung kecemasan Aleppo

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menyasarkan kutipan sebanyak RM2 juta bagi Tabung Kecemasan Aleppo, Syria yang dilancarkan melalui agensinya i4Syria hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE Kamarul Zaman Shaharul Anwar dalam satu kenyataan hari ini berkata kutipan itu bertujuan membantu penduduk Aleppo yang berjaya diselamatkan untuk mengharungi musim sejuk.

“Bantuan utama yang diperlukan di bandar itu adalah makanan, ubat-ubatan dan keperluan musim sejuk seperti khemah, selimut, alat pemanas serta pakaian. Setakat ini dana yang terkumpul adalah RM275,885.36,” katanya.

Katanya orang ramai yang ingin menyumbang kepada tabung itu boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank Islamic (5642-5856-0698), Bank Islam (1209-20100-34904) atau CIMB Islamic (8602-135-592).

TAGS