Naib Presiden PKR terima ‘sampul surat misteri’ mengaitkan skandal SPRM

Naib Presiden PKR terima ‘sampul surat misteri’ mengaitkan skandal SPRM

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Naib Presiden PKR Prof Dr Shaharuddin Badaruddin hari ini mendakwa telah menerima sampul surat’misteri’ yang berisi sekeping nota dan satu ‘pen drive’ yang dimasukkan dalam peti surat di rumahnya.

Beliau yang menetap di Sungai Merab Kajang memberitahu menerima surat berkenaan pada jam 9 pagi  tadi di rumahnya.

Beliau hari ini bersama beberapa ahli parti membuat laporan polis di Ibupejabat Polis Shah Alam petang ini.

Prof Shaharuddin berkata, tujuan dia membuat laporan polis hari ini semata-mata untuk menyerahkan nota dan pen drive yang diterima kepada pihak polis untuk dijalankan siasatan.

“Selepas menerima sampul ini, saya membuat keputusan untuk tidak melihat isi kandungan pen drive ini kerana tidak mahu masuk campur dan luar bidang kuasa saya,” ujarnya ketika ditanya media di hadapan pintu masuk IPD Shah Alam hari ini.

Dimaklumkan juga nota yang diterima itu tertulis sebaris ayat yang megnaitkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM ) dengan menyebut mengenai:” Skandal SPRM, Bali dan Hong Kong”, yang berkemungkinan ia merujuk kepada isi kandungan pen drive tersebut.

Sampul surat berwarna cokelat yang berisi sekeping kertas putih dan sebatang pen drive yang mengaitkan SPRM dengan skandal di Bali dan Hong Kong.

 

9.5
OVERALL SCORE
: 9.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS