Najib ajak ahli Umno fokus PRU14 untuk menang bergaya

Najib ajak ahli Umno fokus PRU14 untuk menang bergaya

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak membunyikan semboyan untuk anggota Umno memberikan fokus pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) susulan masalah dalaman Umno sudah diselesaikan.

Beliau meminta tumpuan dan fokus hala tuju diberikan untuk menghadapi pilihan raya umum bagi memastikan Umno dan Barisan Nasional (BN) menang bergaya, dan bukannya pada pemilihan parti.

“Sudah selesai masalah dalaman UMNO… nak hadap ke mana? mana? PRU14, bukan pemilihan UMNO,” katanya dalam ucapan penggulungannya pada akhir Perhimpunan Agung Umno 2016 di sini, hari ini.

TAGS