Najib bayangkan PRU makin dekat, kerajaan baharu diterajui DAP

Najib bayangkan PRU makin dekat, kerajaan baharu diterajui DAP

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang bakal tiba tidak lama lagi akan memberikan pilihan kepada rakyat sama ada mengekalkan kerajaan yang diketuai Umno atau memilih kerajaan baru yang diterajui DAP, kata Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

“Kalaulah orang Melayu dan Bumiputera mengetahui mimpi ngeri yang bakal melanda hidup mereka, saya yakin mereka akan berpaut seteguh-teguhnya kepada Umno, sebagai satu-satunya parti yang mampu membela nasib anak cucu keturunan dan memperjuangkan masa depan mereka,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung Umno 2016.  

Walaupun tidak menyatakan bila pilihan raya umum akan diadakan, Najib bagaimanapun memberi amaran bahawa PRU14 akan menjadi penentu sama ada kerajaan pimpinan Umno kekal atau rakyat memilih kerajaan baharu yang diterajui DAP.

Najib menambah, Perhimpunan Agung Umno kali ini adalah untuk para perwakilan menerima amanat dan pesanan sebagai persiapan bertempur di medan juang PRU14.

Ini menguatkan lagi tanggapan penganalisis politik bahawa PRU14 akan diadakan pada masa terdekat dengan mandat kerajaan BN sekarang bakal berakhir pada Jun 2018.

Perhimpunan Agung Umno 2016 dihadiri 2,643 perwakilan dari 191 bahagian.

TAGS