Najib bimbang pertemuan satu lawan satu, kata Pengarah Komunikasi MB Selangor

Najib bimbang pertemuan satu lawan satu, kata Pengarah Komunikasi MB Selangor

Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Razak bimbang jika permuafakatan membabitkan gabungan pembangkang berlaku akan menyebabkan parti itu kalah teruk pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Pengarah Komunikasi Strategik Pejabat Menteri Besar Selangor, Yin Shao Loong berkata, permuafakatan itu membolehkan berlakunya Tsunami Melayu yang terus menghakis penguasaan Umno daripada mentadbir Putrajaya.

Beliau optimis, perkara itu mampu direalisasikan hasil perbincangan rapat Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama gabungan komponen pembangkang, di peringkat Persekutuan.

“Parti pembangkang kini berada dalam keadaan peralihan ketika Umno kini berada pada krisis kepercayaan dan populariti selain dipimpin perdana menteri yang paling tidak popular. Najib bimbang senario partinya akan menghadapi saingan sukar berdepan komponen parti pembangkang yang akan mendatangkan kerugian maksimum kepada Umno.

“Malah, ia sekali gus membolehkan terbentuknya Tsunami Melayu dan membuka jalan bagi perubahan dalam Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, permuafakatan komponen pembangkang sebelum ini juga menjadi landasan terbaik bahawa penyatuan itu berjaya menafikan penguasaan Umno, pada PRU-13.

“Masih wujud peluang bagi permuafakatan itu demi kepentingan semua komponen pembangkang jika ia direalisasikan. Seterusnya, tidak mustahil permuafakatan itu mampu menafikan penguasaan Umno di 20 kerusi atau lebih,” katanya.

{loadposition myposition} PRU13 lalu menyaksikan Pakatan Harapan (PH)  meraih undi popular hasil daripada permuafakatan komponen pembangkang dengan menang 89 kerusi Parlimen dan 230 kerusi Dewan Undangan Negeri, berbanding Barisan Nasional (BN) iaitu 133 kerusi Parlimen tetapi hilang tujuh kerusi dari 140, pada PRU ke-12.

Bagi undi keseluruhan pula, PHberjaya mendapat 5.5 juta undi berbanding BN 5.2 juta sahaja, dalam PRU-13.

Walaupun di atas kertas BN menang dengan 133 kerusi Parlimen, hakikatnya rakyat menolak parti itu berdasarkan peratusan jumlah undi diberikan kepada PH.

Bagaimanapun, jika Malaysia mengamalkan kaedah yang diguna pakai di luar negara iaitu ‘Propotional Representation’ (PR), bermakna secara jelas PH berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan.

 

TAGS