Najib bukan suspek siasatan 1MDB , kata Peguam Negara Switzerland

Najib bukan suspek siasatan 1MDB , kata Peguam Negara Switzerland

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd  Najib Razak bukan suspek dalam siasatan melibatkan sejumlah AS$4 bilion dalam 1Malaysia Development Berhad, , menurut Pejabat Peguam Negara (OAG) di Switzerland.

“Najib Razak bukan salah seorang pegawai yang didakwa terlibat dalam prosiding jenayah yang sedang disiasat,” kata Andre Marty kepada Nikkei Asian Review sebagaimana dipetik.

Marty menjelaskan, frasa ‘individu yang tidak dikenali’ dalam undang-undang negara itu merujuk kepada prosiding jenayah, yang mana terdapat syak yang munasabah bahawa satu kesalahan telah dilakukan tetapi tertuduh tidak diketahui.

OAG telah membuka prosiding jenayah pada Ogos lalu terhadap dua bekas pegawai 1MDB yang dikenali sebagai ‘individu-individu yang tidak dikenali’.

Minggu lalu, Ketua PendakwaRaya Switzerland, Michael Lauber secara rasmi meminta bantuan Malaysia dalam siasatan kemungkinan berlaku pelanggaran undang-undang Swiss oleh 1MDB, penyelewengan yang melibatkan sejumlah AS$4 bilion.

Lauber memberitahu, pelanggaran undang-undang Swiss itu berkaitan dengan sogokan kepada pegawai asing, salah laku di pejabat awam, pengubahan wang haram dan salah urus jenayah 1MDB.

TAGS