Najib dan Rosmah takut kepada Preet Bharara, lapor media asing

Najib dan Rosmah takut kepada Preet Bharara, lapor media asing

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Usaha Datin Seri Rosmah Mansor dipercayai berulang kali memanggil Duta Amerika Syarikat (AS) Joseph Y.Yun di kedutaan negara itu di Kuala Lumpur  dianggap sebagai sia-sia, untuk membatalkan penyiasatan mengenai dana 1 Malaysia Developement Berhad (1MDB), lapor Asia Sentinel.

Laporan yang dipetik itu berkata, menurut sumber yang diperolehnya, menyebut isteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak itu, cuba menghalang penyiasatan seorang peguam Amerika Syarikat telah tersebar luas dikalangan diplomat negara itu di Kuala Lumpur.

Mereka mengatakan bahawa hakikatnya siasatan itu dijalankan di Switzerland, Singapura, United Kingdom dan Perancis, bagaimanapun hasil siasatan menunjukkan AS negara yang paling utama untuk membawa tuduhan jika terdapat salah laku dalam skandal 1MDB.

Peguam Daerah Selatan New York, Preet Bharara digesa untuk membatalkan penyiasatannya mengenai urusan kewangan yang melibatkan 1MDB.

Yun dikatakan telah memberitahu Rosmah yang Bharara menjalankan siasatan bagi pihak Jabatan Perhidmatan Luar Negara secara bebas walaupun Presiden AS Barrack Obama boleh mempengaruhi penyiasatan itu jika dia mahu berbuat demikian..

Bagaimanapun lapor Asia Sentinel lagi, percubaan untuk mengesahkan cerita melalui Kedutaan AS itu tidak dijawab.

Sebaliknya laporan itu menyebut :” Rosmah telah diberitahu,” Jika kamu tidak melakukan sesuatu yang salah, jangan bimbang tentang hal itu. Amerika Syarikat adalah sebuah negara yang berpegang kepada undang-undang. ” kata sumber berkenaan.

Berita yang turut disiarkan oleh Perbadanan Penyiaran Australia dalam satu kenyataan media menyebut rancangan Four Corners pada 28 Mac lalu, telah menyiarkan maklumat baru mengenai deposit antara 2011 dan 2014 daripada “individu dan syarikat misteri” di Malaysia dan luar negara, melalui pemindahan talian dan dalam bentuk wang tunai, ke dalam akaun peribadinya.

Dipetik daripada kenyataan stesyen televiyen itu adalah tambahan kepada misteri RM2.6bilion (AS$ 681juta) yang dimasukkan dalam akaun Najib pada 2013.

Namun begitu,laporan berita antarabangsa itu mengklasifikasikan skandal 1MDB antara yang terbesar di dunia membabitkan kerajaan Malaysia.

Laporan itu juga menyebut Najib dan keluarganya takut kepada lelaki bernama Preet Bharara. Ini kerana pegawai penguatkuasaan undang-undang kelahiran Pakistan itu sepanjang perkhidmatannya pernah mendakwa lebih 100 eksekutif Wall Street dan telah menghantar agen untuk menjalankan siasatan terhadap suspek persenjataan, narkotik dan penganas membabitkan 25 buah negara untuk dibicarakan di Manhattan. Malah pejabat urusannya juga pernah dipaku oleh penyangak pengedaran senjata Viktor Bout yang kemudian bersembunyi di Thailand turut berjaya di bawa kemuka pengadilan di Amerika Syarikat.

TAGS