Najib mahu penjenayah MH17 diadili, netizen mahu MO1 ditangkap

Najib mahu penjenayah MH17 diadili, netizen mahu MO1 ditangkap

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Laman rasmi Facebook milik Perdana Menteri terus dibanjiri cemuhan pengguna di media sosial ekoran status yang dimuat naik Datuk Seri Mohd Najib Razak kononnya akan bertindak tegas ke atas pihak yang menjatuhkan pesawat MH17.

“Malaysia mahu tindakan yang tegas diambil ke atas mereka yang terlibat dalam jenayah menjatuhkan pesawat MH17. Mereka mestilah dibawa ke muka pengadilan.

“Saya mahu negara yang terlibat untuk mengadakan perbincangan mengenai langkah selanjutnya yang perlu diambil kerana kita telah berjanji untuk menuntut keadilan bagi keluarga mangsa MH17.

“Ini adalah sesuatu yang perlu dilakukan oleh Malaysia, Belanda, Australia dan Ukraine,” dipetik daripada kenyataan Najib di Facebook, tengah malam tadi.

Walau bagaimanapun, pengguna Facebook, Shuhaimi Idris berpendapat rakyat juga mahu tindakan tegas ke atas kes 1MDB manakala Kaswadi Muhd juga mengingatkan, “Tindakan tegas juga perlu diambil ke atas MO1. Jangan lupa.”

Menurut netizen Joe Yongwei Lee pula, rakyat Malaysia mahu tindakan tegas dikenakan ke atas MO1 memandangkan individu terbabit terjebak dalam korupsi 1MDB serta pengubahan wang haram.

Pada masa sama, tidak kurang juga netizen yang menganggap ketegasan Najib itu sekadar “sembang” kerana tidak disusuli dengan tindakan sewajarnya.

“Cakap macam hero. Sendiri pun bermasalah,” ulas Halid Kiman manakala Mohd Aliff Haiqal berkata, “cakap lebih. No action.”

Pemerhatian Malaysia Dateline selepas dua jam status Najib itu dimuat naik turut mendapati sebahagian netizen hanya meninggalkan kata “sembang” seperti Ctkamariah Mokhtar dan Zulhaimi Philippe.

TAGS