Najib, pemimpin Umno-BN ucap takziah menerusi twitter

Najib, pemimpin Umno-BN ucap takziah menerusi twitter

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Pemimpin utama Umno dan Barisan Nasional (BN) turut melahirkan rasa kesedihan dan takziah menerusi Twitter mereka dengan berita kembalinya kerahmatullah  Mursyidul Am Pas Datuk Dr Haron Din yang meninggal dunia di Amerika Syarikat hari ini.

Perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak  berkata beliau rapat dengan Allahyarham dan berkongsi keinginan menjadikan Malaysia sebagai negara Islam yang makmur.

“Innalillahiwainnailaihirajiun. Terima berita sedih Tuan Guru Haron Din telah kembali ke rahmatullah. Kita kehilangan tokoh Islam banyak jasa.

“Saya rapat dengan beliau, kami inginkan Malaysia negara Islam makmur. Moga roh Allahyarham Haron Din dikurnia husnul khotimah dan Al-Jannah. Al-Fatihah,” kata Najib menerusi catatan beliau dalam laman Twitter @NajibRazak hari ini.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam twitternya juga berkata, melahirkan rasa sedih beliau dengan berita diterima.

“Sedih Ustaz Harun Din telah meningalkan dunia ini.kita hanya berdoa kepada Allahswt utk roh nya ditempatkan bersama2 para aulia Al Fathihah,” ujarnya.

Menteri Perdagang Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed pula berkata, Dr Haron ulama yang disegani.

“Salam Takziah kepada keluarga Allahyarham TG Haron Din. Seorang ulama yang disegani. Semoga ditempatkan bersama insan soleh. Al-Fatihah.”

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai turut tidak ketinggalan mengucapkan takziah.

“Salam takziah buat keluarga Allahyarham Tn Hj Dato’ Haron Din di atas pemergian beliau. Negara kehilangan seorang pemimpin yang berwibawa.” ujarnya

Haron, 76, meninggal dunia pada 10.10 pagi (waktu Malaysia) di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.

Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung yang dihidapinya.

TAGS