Najib sahkan sepentas dengan Hadi Ahad ini

Najib sahkan sepentas dengan Hadi Ahad ini

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak mengesahkan beliau akan bersama Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang 4 Disember ini dalam himpunan solidariti untuk Rohingya.

Berucap ketika memberikan ucapan dasar Perhimpunan Agung Umno 2016 (PAU 16), Najib berkata beliau akan bersama-sama Hadi dalam himpunan di Stadium Titiwangsa mulai jam 8 pagi itu.

Ini adalah kali kedua Najib dan Hadi duduk sepentas sejak berita angin kedua-dua parti pimpinan mereka akan bekerjasama.

Tuan Ibrahim tidak umumkan Najib juga akan sertai majlis ini.Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya anjuran Ngo-Ngo Islam Malaysia akan diadakan Ahad mulai jam 8.00 pagi – 11.00 pagi di Stadium Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur.

Dalam kenyataan itu, Tuan Ibrahim berkata, himpunan ini bertujuan untuk menunjukkan solidariti rakyat Malaysia bersama dengan Umat Islam Rohingya yang sedang dibunuh dan dihalau secara zalim dari tanah air mereka.

Himpunan ini juga akan mengumpulkan NGO-NGO serta tokoh-tokoh politik, masyarakat dan negara.

“Antara tokoh yang akan bersama dalam himpunan ini ialah YB Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Naib Pengerusi Kesatuan Ulamak Islam Sedunia yang turut diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan dan pandangannya bagi menangani isu Rohingya,” katanya.

Tokoh – tokoh agamawan seperti para Mufti, Qadhi, imam dan para pendakwah turut akan hadhir bagi menyatakan kebersamaan dengan derita Rohingya.

Selain itu, mereka juga akan memimpin solat hajat dan munajat, katanya tanpa menyebut Najib juga akan turut serta dalam majlis ini.

TAGS