Najib tekan Thailand kekal penjarakan Justo, dakwa Sarawak Report

Najib tekan Thailand kekal penjarakan Justo, dakwa Sarawak Report


Thailand mengesahkan 'percutian' Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor ke Bangkok baru-baru ini bukanlah secara kebetulan.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Thailand mengesahkan ‘percutian’ Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor ke Bangkok baru-baru ini bukanlah secara kebetulan.

Laporan Sarawak Report itu bertajuk: ‘Held Hostage! Najib Pressures Thailand to keep Star Witness Xavier Justo Jailed’ yang memetik sumber mendakwa,  Najib ke Bangkok telah mengubah keputusan pihak berkuasa negara itu untuk membatalkan keputusan baki hukuman penjara tiga tahun Xavier Justo yang sepatutnya di hantar pulang ke Switzerland pada 1 September lalu.

Sebelum ini, jaminan tidak rasmi telah pun diberikan kepada pihak berkuasa Switzerland dan Amerika Syarikat yang mana kes tersebut hanya memerlukan beberapa formaliti untuk ditandatangani.

Sebaliknya pada 31 Ogos lalu, sumber diplomatik menjelaskan apabila Najib dijadual akan melawat Thailand pada awal September, agar tidak akan menjadi tajuk berita utama mengenai kes kleptokrasi global beliau, tiba-tiba keputusan itu ditunda, lapor laman yang berpusat di London itu.

Walau bagaimanapun, sebelum itu Laura Justo memberitahu Sarawak Report bahawa dia bimbang Malaysia akan menekan Thailand untuk menjaga saksi dalam kes 1MDB daripada memberi keterangan kepada pengawal selia global terhadap Najib dan bekas rakan-rakannya di PetroSaudi.

Apa yang dibimbangkan Laura ternyata benar. Satu mesyuarat rasmi menangguhkan pemindahan Justo sehingga 16 September selepas perdana menteri dan isterinya kembali ke Malaysia.

Peguam Justo mengesahkan dokumen di bawah konvensyen antara Thailand dan Switzerland bagi pemindahan segera Justo, sudah ditangguhkan.

“Mereka berada di sana (Thailand) untuk menggunakan setiap pengaruh mereka, kuasa, wang, tawaran dan kerjasama, untuk menahan Justo.

“Mereka lakukan perkara sama di Singapura. Mereka sanggup menjual kepentingan negara mereka untuk menyelamatkan diri,”jelas seorang pemerhati, yang rapat dengan keluarganya, lapor Sarawak Report yang disekat oleh Putrajaya dari dilayari rakyat negara ini.

Laura mendedahkan penangkapan suaminya, Justo pada bulan Julai. Bagaimanapun PetroSaudi telah mengugutnya dengan memaksa membuat pengakuan.

Pengarah PetroSaudi Patrick Mahony, mengakui dalam perbualan yang dicatatkan bahawa di belakangnya adalah Najib yang mengarahkannya.

Dalam perkembangana sama juga Akhbar Switzerland Le Temps memetik sumber yang mendakwa keputusan itu dibuat selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri campur tangan dalam proses penghantaran Justo ke Switzerland, semasa lawatan rasminya baru-baru ini ke Bangkok.

Langkah terbaru itu menyebabkan ketegangan hubungan diplomatik antara Thailand dan Switzerland, kata laporan itu.

Switzerland juga akan menghantar menteri luarnya Didier Burkhalter ke Bangkok, untuk mendapatkan penjelasan mengenai keputusan Thailand meneruskan penahanan Justo.

Xavier Andre Justo bekas pekerja PetroSaudi International adalah saksi utama pemberi maklumat ke atas skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

TAGS