Nasaruddin gagal penuhi perintah Mahkamah kes terowong Pulau Pinang

Nasaruddin gagal penuhi perintah Mahkamah kes terowong Pulau Pinang

Ahli Parlimen Temerloh, Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi telah gagal menyelesaikan arahan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang seperti yang dipersetujui, berkenaan penyelesaian damai yang dirakamkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 18.1.2016.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Ahli Parlimen Temerloh, Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi telah gagal menyelesaikan arahan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang seperti yang dipersetujui, berkenaan penyelesaian damai yang dirakamkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 18.1.2016.

“Perintah tersebut dengan jelas mengarahkan defendan membayar RM10,000 sebagai kos kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang,” kata satu kenyataan oleh Pegawai Khas Undang-undang kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Raja Syarafina Raja Shuib.

Menurut kenyataan berkenaan, akibat kelewatan yang timbul berikutan usaha pihak-pihak memuktamadkan terma-terma Perintah tersebut, Perintah tersebut hanya berjaya diekstrak dari pihak Mahkamah yang Mulia pada 14.9.2016.

“Dalam pada ini, penyampaian Perintah tersebut telah dilakukan oleh firma peguam yang mewakili Ketua Menteri ke atas Defendan menerusi pos berdaftar (AR Registered Post) serta peguam Defendan pada 19.9.2016.

Namun katanya, sekurang-kurangnya 3 minggu telah berlalu tanpa apa-apa bayaran daripada pihak Defendan.

“Ini ialah arahan daripada Mahkamah yang Mulia untuk Defendan membuat bayaran tersebut serta membuktikan bahawa memang Defendan menzahirkan perasaan kesal beliau atas tuduhan yang tidak berasas ke atas YAB KM dan menarik balik artikelnya.

“Kegagalan atau kengganan Defendan untuk membayar jumlah yang diperintahkan merupakan suatu pengingkaran dan penghinaan perintah Mahkamah.

“Sekiaranya pihak Nasaruddin terus tidak mengambil tindakan sewajarnya, Ketua Menteri Lim Guan Eng telah mengarahkan peguam beliau untuk mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya dalam perkara ini,” katanya.

TAGS