Nasharudin nafi salur dana 1MDB pada Pas, mulakan tindakan undang-undang

Nasharudin nafi salur dana 1MDB pada Pas, mulakan tindakan undang-undang

Bekas timbalan presiden Pas Datuk Dr Nasharudin Mat Isa hari ini menafikan pembabitannya sebagai orang tengah dalam penyaluran wang dana 1MDB kepada Pas dan sedia bekerjasama dalam sebarang siasatan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bekas timbalan presiden Pas Datuk Dr Nasharudin Mat Isa hari ini menafikan pembabitannya sebagai orang tengah dalam penyaluran wang dana 1MDB kepada Pas dan sedia bekerjasama dalam sebarang siasatan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam kenyataan ringkas tiga perenggan yang dikeluarkan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) itu menyifatkan dakwaan itu sebagai satu fitnah dan bersedia mengambil tindakan undang-undang.

Pagi tadi, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mengemukakan akuan bersumpah kepada SPRM berkaitan dakwaan Dr Nasharudin menerima dana bersumberkan anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd untuk disalurkan kepada Pas.

“Dengan merujuk kepada kenyataan Saudara Rafizi Ramli bertarikh 13 April 2017, saya dengan ini menegaskan bahawa segala pernyataan beliau yang melibaka saya adalah tidak ada kaitan dengan diri saya malah menyataannya itu adalah fitnah dan berniat jahat epada saya dan Parti Islam Se-Malaysia (Pas).

“Saya dengan ini juga menafikan dengan sekeras-kerasnya pernah menerima apa jua bentuk bayaran dan/atau sumbangan daripada sumber-sumber seperti dinyatakan oleh beliau melalui tuduhan tidak berasas dalam Kenyataan Bersumpah (SD) tersebut.

“Ingin juga saya menegaskan bahawa bukan sahaja saya bersedia untuk bekerjasama dalam sebarang siasatan oleh pihak SPRM bahkan saya juga telah menyerahkan kepada pasukan peguam untuk langkah seterusnya termasuklah memulakan tindakan undang-undang dan apa jua tindakan yang wajar untuk dilakukan menurut lunas undang-undang yang mana dianggap wajar dan suai manfaat,” kenyataan beliau dipetik.

Bercakap kepada wakil media di perkarangan ibu pejabat SPRM Putrajaya pagi tadi, Rafizi yang juga ahli parlimen Pandan menjelaskan, pihak SPRM sudah pun mempunyai maklumat mengenai pemindahan wang dari SRC kepada beberapa akaun.

Tumpuan utama beliau kini adalah menunjukkan dan membawa kembali isu SRC dan 1MDB itu memandangkan SPRM sudah menyiapkan semua siasatan.

“SPRM telah ada semua maklumat mengenai wang yang dipindakan dari SRC International ke beberapa syarikat dan masuk ke akaun Datuk Seri Najib dan keluar ke akaun peguam dan dibayar ke penerima lain yang salah seorangnya saya namakan Nasharuddin.

“Kita mahu SPRM menyiasat bukan sahaja sampai kepada Nasharudin tapi sampai ke siapa selepas itu dan bagi tujuan apa dan juga untuk menyiasat semua penerima-penerima lain,” katanya.

Rafizi dalam sidang media semalam membacakan akuan bersumpah beliau bahawa Dr Nasharudin ialah orang yang menerima dana dari anak syarikat 1MDB, SRC International untuk disalurkan kepada Pas.

Menurut beliau, akuan bersumpah itu dibuat ekoran kenyataan  Peguam Negara bahawa kes penyelewengan dana SRC International masih dalam siasatan.

Beliau turut mengulangi desakan agar Nasharuddin melepaskan jawatannya sebagai panel penasihat SPRM secara terhormat agar tidak menganggu siasatan SPRM ke atas beliau kelak.

TAGS