Nasi Lemak Instant, produk terbaru Kluang kebanggaan Liew Chin Tong

Nasi Lemak Instant, produk terbaru Kluang kebanggaan Liew Chin Tong

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Kluang terkenal dengan Kopi Kluang Stesen dan sekarang satu lagi diperkenalkan, ‘Nasi Lemak Intant”.

Bagi Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong, dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Usaha tangga kejayaan.

Itulah yang menjadi kebanggaan Chin Tong terhadap penduduk di kawasannya.

Penduduk di kawasannya yang beliau namakan sebagai Abang Zul memperkenalkan produknya sendiri di MAHA 2016, Nasi Lemak Instant (NLI).

Nasi Lemak Instant yang dipek cantik dan mudah disediakan sebelum makan.Semalam, Chin Tong dan pegawai khasnya Sheikh Omar Ali telah ke Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism Show (MAHA) 2016 di MAEPS Serdang.

Di samping melawat pelbagai booth, tujuan utama mereka ke sana adalah untuk melawat booth nombor D24, Hall C iaitu booth yang memperkenalkan produk ‘Nasi Lemak Instant’ dikeluarkan oleh Nasi Lemak World (NLW).

Restoran NLW terletak di Jalan Ciku, bandar Kluang.

“Siapalah yang tak kenal Abang Zul, pemilik restoran NLW yang cukup popular di Kluang ini. Saya sendiri seronok makan disana,” tulis Chin Tong.

Pernah satu ketika dulu, katanya, beliau berbual-bual dengan Abang Zul sambil makan nasi lemak di restorannya. Beliau kongsi cerita dan pengalamannya berniaga.

Beliau ada mencuba untuk kembangkan lagi perniagaannya dengan menghasilkan produk ‘nasi lemak frozen’. Namun percubaan demi percubaan dibuat, ada beberapa kerumitan.

“Saya terfikir dan lontarkan pandangan kepada Abang Zul, selain konsep frozen, mengapa tidak cuba konsep instant?” kata Chin Tong.

Selepas dari itu, katanya, mereka tidak berhubung, sehinggalah beberapa minggu lalu Abang Zul NLW menelefon beliau.

“Beliau jemput saya dan rakan-rakan pejabat saya di Kluang ke Serdang untuk memperkenalkan produk ‘nasi lemak instant’nya di MAHA 2016.

“Saya rasa amat gembira. Tahniah Abang Zul, tahniah orang Kluang,” kata Chin Tong.

Bagi beliau, ini adalah satu permulaan.

“Saya doakan Abang Zul dan produk ‘nasi lemak instant’nya terus berjaya,” kata Chin Tong.

TAGS