Nasib baik ‘presiden Najib’ diungkap TPM bukan pembangkang

Nasib baik ‘presiden Najib’ diungkap TPM bukan pembangkang

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Malaysia nampaknya sudah menjadi negara republik yang mempunyai presiden, ujar sinis timbalan Ketua Wanita Amanah Nasional (Awan) Aiman Athirah Al-Jundi.

Beliau merujuk ucapan timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi di Persidangan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada 24 September lalu.

“Ketika menyampaikan ucapan rasminya mewakili Malaysia di Persidangan UNGA Ke-71 pada  24 September yang lepas, timbalan perdana menteri Malaysia menyebut secara jelas “… jointly launched by… President Obama & President Najib Tun Razak…”

“Bukankah ini satu penghinaan kepada negara, rakyat dan yang paling penting institusi Diraja khususnya Yang di-Pertuan Agong itu sendiri?” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau membayangkan,  jika kesliapan tersebut dilakukan pemimpin pembangkang seperti Lim Kit Siang atau Datuk S Ambiga, sudah pasti Umno, Perkasa, kumpulan Baju Merah akan bangkit membantah.

“Silap-silap IGP pun akan tumpang semangkuk, beraksi untuk dilihat lebih hero! Adiwira yang  memerlukan agar Malaysia melihatnya.

“Demikian gegak gempita juga seantero dunia dan Malaya bahawa konon kedudukan Melayu, Islam dan Raja-Raja Melayu sedang dicabar dan digugat.

“Nafiri perkauman dan pergeseran agama akan kembali mendapat nyawa barunya. Malahan ia akan terus ditiup dari kota raya ke desa paling pedalaman guna menaikkan semangat dan sentimen,” katanya.

Zahid dalam ucapannya dilihat tidak fasih  dan tersalah menyebut beberapa perkataan seperti “blue ocean” dan merujuk Datuk Seri Najib Razak sebagai “presiden”.

Sedutan Ucapan itu kemudian dikongsi meluas di Internet, yang menyaksikan kebanyakan warga maya memperlekehkannya.

TAGS