Nazir harap CIMB agih wang dana politik yang sah

Nazir harap CIMB agih wang dana politik yang sah

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Pengerusi CIMB Group Holding Berhad, Datuk Seri Nazir Razak berharap tidak terlibat dalam membantu mengagihkan sejumlah wang berjumlah AS$7 juta menjelang Pilihan Raya Umum 2013, yang mana beliau anggap wang tersebut adalah dari dana politik yang sah.

Dalam posting di Instagramnya, Nazir menulis beliau “memahami kemarahan dan berharap tidak terlibat”.

Adik bongsu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak itu memberitahu, menjelang Pilihan Raya Umum 2013, abangnya meminta untuk mengagihkan tunai kepada jentera parti.

“Saya menganggap dan percaya, dengan niat baik, bahawa wang itu adalah daripada dana politik yang sah. Keseluruhan jumlah telah diedarkan, tidak sesen pun disimpan oleh saya,” kata Nazir yang ketika itu adalah Ketua Eksekutif CIMB seperti dipetik dari Malaysiagazette.

Sebelum ini, Nazir memberitahu Wall Street Journal telah diagihkan oleh kakitangan CIMB Bank kepada ahli-ahli parti mengikut arahan daripada pemimpin parti.

Dalam kenyataannya kepada Wall Street Journal, Nazir percaya wang tersebut adalah daripada sumbangan yang ‘beliau’ peroleh daripada syarikat-syarikat Malaysia dan individu-individu untuk pilihan raya.

Bagaimana pun dalam artikel itu, media asing itu tidak merujuk ‘beliau’ – sama ada Najib atau Nazir.

“Saya tidak mempunyai mengetahui apa-apa kemungkinan dana-dana ini adalah daripada sumber-sumber lain. Keseluruhan jumlah telah dibayar dalam bentuk tunai kepada pelbagai penerima mengikut arahan presiden parti dan akaun ditutup dengan baki sifar,” katanya dalam kenyataan kepada media itu.

Sejak tahun lalu, Wall Street Journal telah mengaitkan dana tersebut dengan 1Malaysia Development Berhad tetapi ia disangkal oleh Perdana Menteri.

Najib menegaskan wang tersebut adalah sumbangan daripada Arab Saudi.

TAGS