NGO demontrasi di kedutaan Rusia bantah krisis kemanusiaan di Aleppo

NGO demontrasi di kedutaan Rusia bantah krisis kemanusiaan di Aleppo

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Sekumpulan lima Pertubuhan Badan bukan Kerajaan (NGO) hari ini mengadakan demontrasi di hadapan kedutaan Rusia di Jalan Ampang untuk membantah campurtangan kerajaan itu punca kepada krisis kemanusiaan di Aleppo, Syria.

Lebih 300 orang berkumpul menyatakan bantahan mereka dalam Himunan Solidariti Selamatkan Aleppo yang diadakan selepas solat Jumaat petang tadi.

Antara NGO yang turut serta Ikatan Rakyat Inssan Muslim Malaysia (IRIMM); Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM);Akhlak Rahsia Cekal (ARC) dan KIPIDAP telah menandatagani bersama memorandum bantahan terhadap kerajaan itu.

Himpunan ini turut disokong beberapa lagi NGO Islam lainnya.

Intipati memorandum itu mendesak agar kerajaan Rusia menghentikan segera krisis kemanusiaan berlaku.

Ini kerana mangsa dikalangan rakyat Syria menderita kerana ketiadaan tempat tinggal apabila tanah mereka dirampas, tiada sumber makanan dan bekalan air bersih yang amat dikesali penindasan terhadap rakyat Syria it berlaku dalam dunia moden hari ini.

Dianggarkan lebih kurang 300 ahli NGO berkumpul di hadapan kedutaan Rusia di Jalan Ampang petang tadi.

TAGS