Nik Abduh gagal rebut jawatan Timbalan Yang Dipertua Pas Pengkalan Chepa

Nik Abduh gagal rebut jawatan Timbalan Yang Dipertua Pas Pengkalan Chepa

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah kekal sebagai Yang Dipertua Pas Kawasan Pengkalan Chepa bagi sesi 2017/2019 selepas menang tanpa bertanding dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pas ke-45 hari ini.

Semua anggota jawatankuasa Pas kawasan itu turut kekal apabila perwakilan masih memilih mereka untuk menerajui kepimpinan peringkat kawasan, lapor portal Harakahdaily.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua masih disandang ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dr Izani Husin selepas dicabar ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Aziz.

Nik Abduh dilaporkan kalah teruk kepada Dr Izani dengan hanya mendapat 37 undi berbanding 209 diperoleh Dr Izani.

Mohd Amar yang juga Naib Presiden Pas merasmikan mesyuarat agung yang diadakan di Kompleks Purnama itu.

TAGS

COMMENTS