Nik Abduh ulangi kesediaan Pas bekerjasama dengan Umno

Nik Abduh ulangi kesediaan Pas bekerjasama dengan Umno

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Pas akan terus bekerjasama dengan Umno dalam perkara berkaitan agama Islam, kata Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Katanya Pas sebelum ini turut bekerjasama dengan Umno dalam isu berkaitan hudud di Kelantan.

“Selepas ini, Pas akan turut bekerjasama dengan Umno untuk memberi pendapat kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pihak yang berkaitan berhubung sistem pentadbiran Islam di Malaysia,” katanya.

Beliau ditemui pemberita semasa majlis minum petang bersama pengamal media anjuran Dewan Pemuda Pas Malaysia di Taman Tun Dr Ismail, di Kuala Lumpur semalam.

Isu kerjasama Umno dan Pas kembali diperkatakan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan dasar presiden di Perhimpunan Agung Umno 2015 menghulurkan ‘tali silaturahim’ kepada Pas untuk bersama-sama membina dan membangunkan negara mengikut syariat Islam sebenarnya.

Najib sekali lagi menyatakan hasratnya itu di hadapan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika kedua-duanya berkongsi pentas di Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar hujung bulan Disember, tahun lepas.

TAGS