Nik Omar paling layak ganti Tuan Guru Nik Aziz

Nik Omar paling layak ganti Tuan Guru Nik Aziz

Nama Dewan Undangan Negeri (Dun) Semut Api yang pernah diwakili Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bakal digunakan semula dan calon paling layak mewakilinya ialah anak Almarhum bekas Menteri Besar Kelantan itu, Nik Omar Nik Abdul Aziz.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

 

Nama Dewan Undangan Negeri (Dun) Semut Api yang pernah diwakili Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bakal digunakan semula dan calon paling layak mewakilinya ialah anak Almarhum bekas Menteri Besar Kelantan itu, Nik Omar Nik Abdul Aziz.

Penasihat parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan Datuk Husam Musa mahu penduduk Dun berkenaan memberi sokongan penuh kepada Nik Omar jika beliau menjadi calon dalam pilihan raya umum ke-14 nanti.

“Kalau PAS calonkan Nik Omar untuk Dun ini, pihak kita tidak akan meletakkan calon lain dan mahu beliau menang seperti arwah ayahnya mewakili rakyat di sini,” kata
beliau ketika berucap di majalis dialog di kedai kopi Abe Kob, Kg Badang malam tadi.

Menurutnya, Nik Omar ialah anak lelaki Tok Guru yang paling hampir cara hidup dan pendirian politiknya dengan Almarhum Tok Guru.

“Kalau penduduk di sini mahu merasai semula kaedah kepimpinan yang pernah dialami pada zaman Tok Guru, Nik Omarlah paling sesuai untuk menjadi wakil rakyat di sini,” katanya.

Husam, sebelum ini pernah menyebut antara calon paling sesuai yang patut dilantik sebagai menteri besar negeri Kelantan pada masa akan datang ialah Nik Omar.

Reaksi seorang exco kerajaan terhadap cadangan itu ialah Pas tidak bersedia mencalonkan Nik Omar dalam pilihan raya kerana katanya Nik Omar bukan penyokong Pas.

TAGS