Nikmati makanan laut segar di Pulau Ketam

Nikmati makanan laut segar di Pulau Ketam

Pulau Ketam terletak kira-kira 20 kilometer dari Pelabuhan Klang dan ia merupakan sebuah pulau yang dihuni lebih kurang 6,000 orang. Terdapat dua buah kampung di sini iaitu Kampung Ketam dan Kampung Sungai Lima. Pulau Ketam mendapat nama sempena terdapatnya banyak ketam di laut persekitarannya dan ia merupakan tangkapan utama nelayan pulau ini, selain hidupan laut yang lain.

Justeru, Pulau Ketam menjadi destinasi pilihan bagi mereka yang meminati makan laut selain untuk bersiar-siar menikmati persekitaran yang cantik dan menarik. Di sini banyak gerai yang menyediakan makanan laut yang segar dan enak.

Perjalanan dari daratan ke Pulau Ketam jika menaiki feri laju adalah lebih kurang 35 minit. Di Pulau Ketam tidak ada kenderaan darat seperti kereta dan motorsikal, semua pergerakan hanyalah dengan berjalan kaki. Masyarakatnya berbilang kaum dan hidup dalam keadaan harmoni.

Burung raja udang sedang memerangkap mangsa.

Omelette dimasak bersama isi ketam antara sajian menarik di Pulau Ketam.

Kewujudan tahfiz mandarin membuktikan keharmonian hidup masyarakat majmuk di sini.

Pulang dari laut.

Menuju ke laut untuk menangkap ikan.

Menambat bot ke jeti untuk menurunkan penumpang.

Antara nelayan yang berani menempuh laut menangkap hasil lumayan.

Limpahan udang dan ikan menunjukkan kemakmuran rezeki di laut.

Pemandu bot ini mampu meraih sehingga RM300-400 untuk setiap perjalanan ke Pulau Ketam.

 

CATEGORIES
TAGS