Noh Omar keterlaluan, kata exco Selangor

Noh Omar keterlaluan, kata exco Selangor

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Exco Selangor, Elizabeth Wong menyifatkan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar sebagai keterlaluan apabila menuduh kerajaan negeri sendiri membuang bahan tercemar ke Sungai Buah sehingga menyebabkan pencemaran.

Sambil menafikan kenyataan tersebut, Elizabeth berkata Noh tidak pernah melawat kawasan sungai tersebut.

““Tindakan Noh Omar membuat dakwaan itu terlalu keterlaluan. Malahan menteri KPKT (Noh) juga tidak turun ke kawasan pencemaran itu.

“Namun kita terharu dengan sokongan diberi Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan timbalannya, Datuk Hamim Samuri yang turun padang melihat sendiri kawasan tercemar.

“Ini kerana mereka mahu lihat dan bau sendiri kawasan pencemaran itu tanpa memanggil media. Ini satu sikap bertanggungjawab,” katanya semasa sesi soal jawab di Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.

Beliau juga berkata, kerajaan negeri sedang mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang bagi menangani isu pencemaran sungai yang diyakini berpunca dari Negeri Sembilan.

“Kita akan bincang dengan exco dan pegawai undang-undang Selangor, jika ada tindakan yang boleh diambil. Kita perlu buat keputusan dan siasatan pada akhir proses pembersihan kawasan pencemaran itu,” katanya.

Loji Rawatan Air Sungai Semenyih terpaksa ditutup lebih 5 kali dalam tahun ini akibat pencemaran dengan yang terbaru pada 23 Oktober lepas akibat pencemaran di Sungai Semenyih yang disyaki berpunca daripada kawasan perindustrian di Nilai, Negeri Sembilan.

Susulan itu, kerajaan mengumumkan satu pasukan khas melibatkan kerjasama agensi di bawah kerajaan persekutuan dan negeri akan ditubuhkan bagi menyelesaikan isu pencemaran sungai yang menjejaskan 1.6 juta pengguna di Selangor.

TAGS