Norashikin kini Tengku Permaisuri Selangor

Norashikin kini Tengku Permaisuri Selangor

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Sultan Selangor berkenan melantik konsort (isteri) baginda sebagai tengku permasuri Selangor dengan gelaran Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkuatkuasa semalam, 8 September.

Baginda juga berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) yang membawa gelaran Datin Paduka Seri kepada Norashikin.

Demikian kata satu kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Dewan di-Raja Selangor, Hanafisah Jais hari ini.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 31 Ogos lalu telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan baginda, Norashikin Abdul Rahman di dalam satu majlis pernikahan sederhana dan ringkas.

Baginda telah diijabkabulkan oleh Mufti Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid.

Majlis pernikahan baginda turut dihadiri oleh Timbalan Mufti Selangor, Dr Anhar Opis, Imam Mohd Rasid Mahful, Mantan Timbalan Mufti Selangor, Datuk Abdul Majid Omar, Ahli Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Salehuddin Saidin, bapa serta ahli keluarga pengantin perempuan.

TAGS