Orang Asli turut sertai Bersih 5, tuntut kerajaan bersih dan tidak zalimi rakyat

Orang Asli turut sertai Bersih 5, tuntut kerajaan bersih dan tidak zalimi rakyat

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Sekumpulan masyarakat Orang Asli dari Gua Musang Kelantan turut menyertai himpunan aman Bersih 5 hari ini untuk bersama-sama rakyat Malaysia menuntut satu bentuk pentadbiran yang bersih dan mendengar suara rakyat.

“Sekarang kami sedang dikhianati dengan penebangan hutan secara berleluasa sehingga kehidupan kami terancam.

“Kami hairan bagaimana pihak kerajaan negeri dan Jabatan Perhutanan tidak menyebelahi kami apabila kami menetang pembalakan tidak terkawal dan memusnahkan hutan,” kata jurucakap kumpulan itu yang disiarkan secara langsung menerusi facebook streaming.

Apa yang dituntut orang asli katanya adalah satu sistem pemuliharaan hutan bagi memastikan hutan terus memberri manfaat kepada manusia sama ada bagi Orang Asli atau masyarakat lain yang amat bergantung kepada kelestarian hutan.

“Kepupusan hutan tentu secara langsung menyekat mata pencarian masyarakat kami.

“Bukan setakat itu, ia mendatangkan bahaya kepada keseluruhan masyarakat.

Seperti banjir 2014 katanya, ia mungkin tidak seteruk itu jika hutan di Kelantan tidak ditarah begitu rupa hingga air bertukar menjadi kuning pekat merempuh tempat mereka tinggal.

“Kami datang hari ini untuk menuntut keadilan supaya kerajaan mendengar suara rakyat.

“Kami tidak bertolak ansur dengan kezaliman, walaupun ada yang berselindung dengan agama,” katanya.

Berkenaan keputusan kerajaan negeri untuk merempuh blockade yang dibuat untuk membernarkan pembalak beroperasi beliau berkata pihak Orang Asli tidak akan berundur.

“Kami sudah sepakat untuk terus bersama dalam menhadapi apa juga keadaan,” katanya.

TAGS