Padi Rescue mahu masalah pesawah, petani diberi tumpuan oleh PH

Padi Rescue mahu masalah pesawah, petani diberi tumpuan oleh PH

Badan Bertindak Selamatkan Industri Padi dan Beras (Padi Rescue) mengharapkan Pakatan Harapan akan mengangkat permasalahan seramai 150,000 pesawah di negara ini dalam manifesto Pakatan Harapan (PH).

Wakil Padi Rescue Rosli Yahya berkata, badan bertindak yang diwujudkan untuk selamatkan industri beras dan padi  negara telah pun mengemukakan 14 cadangan kepada kerajaan BN mengenai permaslaahan petani dan pesawah negara.

Bagaimanapun beliau berkata, apa yang diperjuangkan Padi Rescue ini tidak mendapat perhatian sepenuhnya oleh pihak kerajaan BN.

“Jika PH nak selamatkan Malaysia, Padi Rescue menyeru selamatkan industri padi dan beras negara yang berhadapan dengan pelbagai maslaah yang perlu mendapat sentuhan daripada PH.

“Dengan sokongan daripada petani, kita mengharapkan apa masalah dialami pesawah dan petani dapat diberikan tumpuan oleh PH.

“Padi Rescue iaitu badan bertindak mewakili pesawah dan petani yang bercakap mengenai industri padi ini dan telah mengadakan 14 tuntutan kepada kerajaan untuk dipertimbangkan,” ujarnya.

Beliau memberitahu antaranya untuk mengembalikan semula Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) bagi mengantikan Padiberas Nasional Berhad (Bernas).

“Ini bagi mengatasi koordinasi penindasasn dan eksploitasi di peringkat benih padi. Wujudkan kembali LPN gantikan Bernas.

“Jadi harapan saya yang mewakili lebih 150,000 pesawah di negara kita, saya merayu supaya PH tidak meminggirkan kami pesawah.

“Masukkanlah dalam manifesto ambil isu ini untuk ditangani dengan baik,” ujarnya.

Hari ini seramai enam wakil berucap dalam slot pentas rakyat.

Kini sedang berlansung forum bagi slot pentas dasar yang membincangkan mengenai dasar-dasar kerajaan BN dan dasar yang akan diperkenalkan PH untuk diangkat sebagai manifesto.

CATEGORIES