Pakar krisis rumah tangga cadang perbanyak rumah perlindungan

Pakar krisis rumah tangga cadang perbanyak rumah perlindungan

Pakar krisis rumah tangga, Prof Madya Noor Awang Hamat berkata buat masa ini kebanyakan negeri-negeri termasuk Kelantan belum mempunyai pusat perlindungan bagi menlindungi wanita yang sedang dalam prose penceraian.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Kesukaran yang dihadapi kaum wanita semasa proses penceraian akibat keganasan rumahtangga memerlukan pihak berwajib mewujudkan lebih banyak pusat perlindungan.

Pakar krisis rumah tangga, Prof Madya Noor Awang Hamat berkata buat masa ini kebanyakan negeri-negeri termasuk Kelantan belum mempunyai pusat perlindungan seumpama ini.

“Ini menyebabkan dalam kebanyakan kes rumah ibu bapa atau keluarga wanita terbabit dijadikan pusat perlindungan apabila difikirkan sesuai oleh pihak polis atau jabatan kebajikan masyarakat.

“Tindakan seperti ini sebenarnya kurang sesuai kerana situasi sebegini memerlukan pengendalian yang sistematik supaya tidak berlaku mudarat yang lebih besar terutama bila wanita berkenaan mempunyai anak-anak kecil dan remaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah berkaitan hak-hak isteri sebelum, semasa dan selepas penceraian di Jelor, Kelantan, semalam.

Menurutnya akibat kekurangan pengetahuan mengenai undang-undang, ramai para isteri yang menghadapi situasi penceraian menjadi mangsa yang bertimpa-timpa.

“Situasi penceraian yang berlaku akibat keganasan rumah tangga terutama bila pihak wanita berhadapan penderaan fizikal hingga berlaku kecederaan, beberapa langkah perlu dibuat segera.

“Pertama, perlu pergi ke hospital untuk mendapatkan pengesahan berkaitan kecederaan yang dialami, membuat laporan polis dan kemudiannya perlu membuat laporan khas kepada jabatan kebajikan masyarakat,” katanya.

Dengan kemudahan kamera di telefon bimbit sekarang katanya, sepatutnya semua gambar-gambar episod keganasan perlu dirakam jika ada kesempatan.

“Selepas semua proses ini dibuat sepatutnya pihak polis akan meminta erjasama jabatan pembangunan wanita dan keluarga.

“Jabatan ini akan mencadangkan tempat berlindung mangsa yang dikira selamat, ” katanya.

Sementara itu pengerusi Wanita Peduli, Normala Mohd Nadzar yang menganjurkan program berkenaan berkata pihaknya sedang menjalankan kempen kesedaran berkaitan “Violence Against Women” (Keganasan Terhadap Wanita) peringkat negeri Kelantan.

“Kita juga bercadang menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengumpul maklumat berkaitan perkara ini dan merancang langkah-langkah perlu termasuk bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan wanita,” katanya.

TAGS