Pakatan Harapan anjur perhimpunan mansuh GST 2 April ini

Pakatan Harapan anjur perhimpunan mansuh GST 2 April ini

Pakatan Harapan percaya isu-isu ekonomi yang mendesak dan menekan rakyat tidak boleh ditenggelamkan oleh beberapa perkembangan politik mutakhir ini, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pakatan Harapan percaya isu-isu ekonomi yang mendesak dan menekan rakyat tidak boleh ditenggelamkan oleh beberapa perkembangan politik mutakhir ini, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurutnya, isu-isu seperti penghapusan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), pembiayaan pendidikan yang munasabah, menghentikan kenaikan cukai, levi dan yuran yang dikenakan kerajaan dan kenaikan tarif perlu terus diperjuangkan.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua rakyat supaya menyertai Perhimpunan Mansuh GST yang akan diadakan di ibu negara pada 2 April nanti.

“Saudara Mohamad Sabu (Presiden Amanah) telah diberi amanah untuk mengetuai jawatankuasa penganjur Perhimpunan Mansuh GST pada 2 April 2016 dan perhimpunan-perhimpunan Muafakat Selamat Malaysia,” ujarnya dalam sidang media hari ini di Parlimen.

Ditanya pemberita berkenaan tanggapan pihak pembangkang bergantung pada Mahathir seperti ketika pemeteraian deklarasi anti-Najib lalu, beliau berkata, bekas Perdana Menteri itu yang memerlukan sokongan Pakatan Harapan.

“Kami juga tidak memalukan imej negara,” tegas Azizah lagi menjawab satu soalan pihak media.

Beliau yang juga Presiden PKR berkata, Deklarasi Rakyat yang ditandatangani oleh tokoh-tokoh merentasi batasan politik termasuk Tun Mahathir dan pemimpin Umno-BN adalah pengakuan pemimpin parti pemerintah itu bahawa pentadbiran mereka merosakkan banyak institusi kerajaan.

“Pengakuan oleh Tun Mahathir ini tidak mengubah hala tuju Pakatan Harapan terutamanya berhubung pendirian mengenai bentuk-bentuk reformasi undang-undang, politik, media, ekonomi, kewangan, pendidikan dan sosial yang akan dilaksanakan oleh Pakatan Harapan.

“Malah, pengakuan Tun Mahathir itu adalah satu penerimaan secara tidak langsung bahawa institusi kerajaan yang tidak bebas telah memangsakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjarakan kerana menjadi ancaman politik paling utama kepada pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak,” jelasnya lagi.

Kenyataan media Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini turut disepakati Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

TAGS