Pakatan Harapan mula proses pendaftaran gabungan, JK Teknikal mula mesyuarat

Pakatan Harapan mula proses pendaftaran gabungan, JK Teknikal mula mesyuarat

Selepas penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) secara rasmi ke dalam Pakatan Harapan Isnin lalu, gabungan itu memulakan perbincangan mengenai pembentukan jawatankuasa perundingan kerusi dan jawatankuasa manifesto.

Menurut Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah, gabungan itu juga memulakan usaha pendaftaran rasmi gabungan baharu itu.

“Ini selaras dengan keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan semalam (Isnin) yang telah menerima hasrat PPBM sebagai anggota Pakatan Harapan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Jawatankuasa Teknikal Bersama Pakatan Harapan-Bersatu mengadakan pertemuan di parlimen semalam.

PKR diwakili Sim Tze Tzin; Teresa Kok (DAP), Dr Hatta Ramli (Amanah) dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Bersatu).

Pada 14 Mac lalu Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penyertaan Bersatu ke dalam Pakatan Harapan dan akan mengunakan satu logo, calon dan manifesto dalam gabungan kerjasama mega parti pembangkang di negara ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Kita bersetuju pada prinsipnya perlu adakan nama dan logo baru untuk pilihan raya dengan mengunakan satu manifesto dan bersetuju akan meletakkan hanya satu calon mewakili gabungan ini kelak,” ujarnya dalam sidang media diadakan di pejabat parti itu di Petaling Jaya.

TAGS