Persempadanan semula tidak berperlembagaan, berat sebelah

Persempadanan semula tidak berperlembagaan, berat sebelah

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Pakatan Harapan menyifatkan persempadanan semula kawasan yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak berperlembagaan dan berat sebelah.

“Kami pandang berat, kesal dan mengutuk langkah persempadanan semula yang dilakukan SPR pada anggapan kami tak berperlembagaan dan berat sebelah,” tegas Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini.

Menurutnya syor persempadanan semula yang mulai dipamerkan SPR selama sebulan sejak 15 September lalu hanya menguntungkan BN seperti terbukti pada sejarah pilihan raya sebelum ini.

“Ia juga akan untungkan BN. Sejarah pilihan raya, setiap kali selepas persempadanan semula, BN menang dengan lebih baik,” jelasnya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di Petaling Jaya.

Syor persempadanan semula yang mulai dipamerkan SPR selama sebulan sejak 15 September lalu hanya menguntungkan BNBeliau juga berpendapat BN dijangka tidak memerlukan peratus undi popular yang tinggi untuk memenangi 112 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Kalau kita lihat dalam dalam keputusan PRU13 untuk menang 112 kerusi itu, BN hanya perlu 25 peratus undi popular sahaja.

“Selepas persempadanan semula ini, dalam PRU14 mungkin BN tak perlu sampai 25 peratus untuk menang 112 kerusi majoriti yang paling mudah,” ujar Saifuddin lagi.

Kali terakhir kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya dilakukan pada 2003 dan mengikut Perkara 113(2)(ii) Perlembagaan Persekutuan, langkah tersebut boleh dilakukan selepas tempoh lapan tahun.

Walau bagaimanapun, kajian persempadanan semula yang sepatutnya dilakukan pada 2011 ditangguhkan ekoran Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 2013.

SPR sebelum ini meletakkan sasaran untuk menyelesaikan proses persempadanan semula kawasan pilihan raya baru sebelum PRU14 yang dijadual berlangsung pada 2018.

 

TAGS