PKR, DAP, Amanah meterai perjanjian kukuh pakatan politik Sabtu ini

PKR, DAP, Amanah meterai perjanjian kukuh pakatan politik Sabtu ini


Tiga parti komponen Pakatan Harapan iaitu PKR, DAP dan Amanah akan menandatangan satu perjanjian politik yang dinamakan "Perjanjian Pakatan Harapan" pada Sabtu, 9 Januari ini bertujuan mengukuhkan lagi kerjasama antara mereka.

Tiga parti komponen Pakatan Harapan iaitu PKR, DAP dan Amanah akan menandatangan satu perjanjian politik yang dinamakan “Perjanjian Pakatan Harapan” pada Sabtu, 9 Januari ini bertujuan mengukuhkan lagi kerjasama antara mereka.

Ia adalah lanjutan persetujuan yang dicapai oleh mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 5 Januari lalu.

Saifuddin AbdullahMenurut Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Dato Saifuddin Abdullah, perjanjian ini mengandungi 7 Fasal dan antara yang terpenting adalah tentang kedudukan Majlis Presiden sebagai badan pembuat keputusan tertinggi; dan tentang persefahaman dalam pilihan raya.

“Perjanjian ini adalah yang pertama seumpamanya dalam sejarah politik tanah air. Ia adalah inisiatif dan komitmen Pakatan Harapan untuk meningkatkan kerjasama dalamannya ke tahap yang lebih tinggi, iaitu mencapai tahap ‘kesatuan politik yang mampan’,” kata Saifuddin dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat semalam.

Perjanjian itu, jelas beliau akan ditandatangani dan dilancarkan dalam Persidangan Pimpinan Pakatan Harapan yang berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga 1 petang di SACC Shah Alam.

Persidangan ini, tambah beiau akan dihadiri 150 pemimpin kanan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Harapan dengan 50 orang mewakili setiap parti.

Antara aturcara persidangan adalah pembentangan kandungan perjanjian oleh Setiausaha Agung dan Setiausaha Organisasi Nasional – ‎Rafizi Ramli (PKR), Anthony Loke (DAP) dan Anuar Tahir (PKR); ulasan oleh sembilan perwakilan iaitu tiga daripada setiap parti; ucapan Presiden PKR dan PAS serta Setiausaha Agung DAP juga gimik pelancaran.

TAGS