Pakatan Harapan Sabah meterai kerjasama, perkenal agenda pada 8 Januari

Pakatan Harapan Sabah meterai kerjasama, perkenal agenda pada 8 Januari

Pakatan Harapan Sabah akan memperkenalkan agenda Pakatan Harapan Sabah dan jentera mereka bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dalam satu majlis pelancaran pada 8 Januari depan.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Pakatan Harapan Sabah akan memperkenalkan agenda dan jentera mereka bagi menghadapi PRU14

Pakatan Harapan Sabah akan memperkenalkan agenda Pakatan Harapan Sabah dan jentera mereka bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dalam satu majlis pelancaran pada 8 Januari depan.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR, Christina Liew yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Api-api berkata, majlis pelancaran itu akan dihadiri presiden PKR, Datuk Sri Wan Azizah Wan Ismail, penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.

“Kami telah mengadakan mesyuarat terakhir jawatankuasa pelaksana pelancaran PH pada hari ini dan kami ingin mengumumkan Majlis Pelancaran Pakatan Harapan akan diadakan pada 8 Januari, jam 10 pagi bertempat di Dewan Hakka, Kota Kinabalu.

“Pelancaran ini diadakan pada jam 10 pagi hingga 12 tengahari,” katanya pada sidang media semalam.

Selain itu, pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong menyatakan antara intipati Majlis Pelancaran Pakatan Harapan Sabah adalah menandatangani Deklarasi Pakatan Harapan Negeri Sabah di antara ketiga-tiga parti.

“Semasa pelancaran ini, deklarasi di antara ketiga-tiga parti akan ditandatangani dan disaksikan oleh pemimpin kita daripada pusat. Dan pastinya deklarasi tersebut menyebut tentang bagaimana kita boleh berkerjasama”, katanya.

“Dalam deklarasi tersebut juga, kami telah bersetuju untuk duduk berunding secepat yang mungkin bagi membincangkan pembahagian kerusi antara setiap parti. Untuk itu, kami akan pastikan kita akan mempunyai pertandingan satu lawan satu pada PRU yang akan datang”, ujarnya.

Stephen Wong yang juga ahli Parlimen Sandakan juga memberitahu jemputan kepada semua parti pembangkang sama ada di peringkat nasional mahu pun tempatan telah dihantar.

“Kami telah menghantar jemputan kepada kesemua parti pembangakang tidak kiralah samada nasional mahupun tempatan untuk menghadiri majlis pelancaran ini untuk menunjukkan kepada mereka, kesanggupan kita untuk bekerjasama sebagai satu unit pembangkang bagi melawan Umno dan BN pada PRU akan datang.

“Kami berharap mereka akan menerima jemputan kami dan hadir ke majlis pelancaran tersebut. Pintu rundingan dalam Pakatan Harapan sentiasa terbuka. Dan harapan kita, kita boleh membuat satu formula pada PRU akan datang bagi menumbangkan Umno BN”, tambahnya.

Pengerusi Amanah Sabah, Hamzah Abdullah pula berkata, perjalanan Pakatan Harapan Sabah selepas ini adalah berdasarkan kepada terma-terma yang dipersetujui bersama dalam Deklarasi Pakatan Harapan Sabah.

“Kita di sini untuk rakyat. Kita bukan di sini untuk kepentingan peribadi. Pakatan Harapan adalah kesinambungan bagi Pakatan Rakyat yang dahulu. Kami telah membuktikan bahawa kami bertekad untuk menjatuhkan BN dan satu cara sahaja untuk menumbang Umno BN iaitu dengan kesepakatan parti-parti pembangkang” tegasnya.

“Segala tindakan komponen PH akan berpandukan kepada Deklarasi Pakatan Harapan Sabah dan objektifnya adalah bagi menumbangkan Umno BN. Segala agenda PH akan berkisar kepada keperluan Sabah sebagaimana yang digariskan oleh polisi Pakatan Harapan”, ujarnya.

Jawatankuasa penganjur yang diketuai Mustapha Sakmud menganggarkan seramai 1,000 orang akan menghadiri majlis pelancaran itu. Malah, badan bukan kerajaan, gerakan-gerakan sosial dan anak muda, wakil kedutaan Indonesia serta mahasiswa turut diundang dalam majlis pelancaran ini.

TAGS