Pakatan Harapan sasar 16 kerusi Parlimen menang mudah di Johor

Pakatan Harapan sasar 16 kerusi Parlimen menang mudah di Johor

Pakatan Harapan (PH) Negeri Johor mensasarkan 10 kerusi Parlimen dimiliki BN akan beralih ke tangan pembangkang dan mengekalkan 6 kerusi yang pernah dimenangi dalam pilihanraya umum yang lalu di negeri itu.

Timbalan Pengerusinya Liew Chin Tong berkata, semua kerusi PH yang akan ditandingi adalah di kawasan majoriti Melayu termasuk kawasan campuran.

“Saya rasa di Johor ada 10 kerusi parlimen bagi peluang cerah untuk PH rampas daripada BN, selain 6 yang telah dipegang dalam pilihan raya umum yang lalu.

“Ini kerana terdapat 55 peratus pengundi Melayu dan selebihnya adalah campuran dengan isu-isu yang menekan rakyat, saya yakini PH boleh meraih 16 kerusi keseluruhannya dengan menang mudah,” ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Dimaklumkan 10 kerusi yang disasarkan PH kelak ujarnya, di parlimen Labis, Segamat, Sekinjang, Medan, Muar, Pontian, Pulai, Pasir Gudang, Johor Bharu dan Tebrau.

Manakala enam kerusi yang dimenangi pembangkang oleh beliau sendiri di Parlimen Keluang, Lim Kit Siang (Gelang Patah), Teo Ni Ching
(Kulai), Er Teck Hwa (Bakri) Datuk Mohd Idris Jusi (Batu Pahat) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh).

{loadposition myposition} Chin Tong yang juga Pengerusi DAP Negeri berkata, untuk PH menawan Johor dalam PRU ke-14, formula yang diguna pakai di negeri Selangor dan Perak boleh dilaksanakan di Johor.

“Kalau kita mahu tumbangkan Johor saya fikir fomula yang pernah digunakan di Selangor dan Perak sesuai digunakan di Johor.

“Di Johor ini kawasan majoriti Melayu seperti Mersing, Penggerang, Kota Tinggi dan Tenggara manakala kawasan lain walaupun peratusannya majoriti Melayu tetapi ia adalah kerusi campuran,” ujarnya.

Kedudukan kerusi di negeri Johor BN memiliki 20 kerusi Parlimen, Pas (8), DAP (4), PKR (1) Bersatu (1) dan kerusi Dun BN (37), Pas (4), DAP 13 dan PKR (1) dan Bersatu (1).

CATEGORIES
TAGS