Pakatan Harapan Sepangar sedia kerjasama dengan Warisan

Pakatan Harapan Sepangar sedia kerjasama dengan Warisan

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Pakatan Harapan Sepanggar bersikap terbuka terhadap sebarang rundingan meja bulat dengan parti-parti pembangkang di Sabah seperti Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) untuk melawan BN pada pilihan raya umum ke-14.

Pendirian itu dibuat dalam pertemuan antara ketiga-tiga parti – Amanah, PKR dan DAP Sepanggar baru-baru ini sekaligus melancarkan Pakatan Harapan di parlimen itu.

Pertemuan yang didakan di pejabat PKR Inanam itu dihadiri wakil dari DAP, Adun Inanam, Roland Chi (PKR) dan Abdillah Matlin (Amanah).

Menurut Abdillah, ketiga-tiga parti komponen bersepakat untuk menjadi pengerusi bersama PH Parlimen Sepanggar.

TAGS