Pakatan Harapan gerakkan gabungan, konvensyen pertama 12 November

Pakatan Harapan gerakkan gabungan, konvensyen pertama 12 November

Majlis Presiden Pakatan Harapan telah memulakan perundingan dengan parti-parti pembangkang bagi membentuk gabungan pembangkang yang kuat untuk menghadapi Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Majlis Presiden Pakatan Harapan telah memulakan perundingan dengan parti-parti pembangkang bagi membentuk gabungan pembangkang yang kuat untuk menghadapi Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Dalam satu kenyataan bersama pimpinan Pakatan Harapan diwakili Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu mesyuarat telah diadakan pada Rabu lalu.

“Pakatan Harapan telah membuat ketetapan dengan secara rasmi,memulakan perundingan bagi mewujudkan pertandingan satu-lawan-satu di antara pembangkang melawan BN dalam PRU14.

“Sehubungan dengan itu, Pakatan Harapan akan menganjurkan ‘Konvensyen Pakatan Harapan 2016 pada 12 November 2016. Ia bertujuan untuk menzahirkan komitmen pembentukan gabungan pembangkang yang kuat tersebut,”ujar kenyataan itu.

Satu siri ‘Jelajah Mendengar Nadi Rakyat’ akan diadakan di beberapa tempat di seluruh negara sebagai salah satu persediaan untuk Konvensyen diadakan kelak.

“Ia bertujuan untuk mendengar dan mengumpulkan luahan hati rakyat tentang isu-isu dan masalah-masalah yang dihadapi pada masa ini.

“Ini penting supaya Pakatan Harapan mengemaskini isu-isu dan masalah-masalah utama yang dihadapi rakyat, dan seterusnya membolehkan peserta-peserta Konvensyen tersebut membahaskannya dengan cara yang lebih baik dan berkesan.

“Di samping itu, ia juga akan menjadi input kepada ‘Dasar-dasar Bersama Pakatan Harapan’ yang sedang digubal oleh Sekretariat Pakatan Harapan.”

Difahamkan juga jelajah itu akan melibatkan rakyat daripada pelbagai latar belakang dan dikalangan pemimpin Pakatan Harapan.

TAGS