Palestin dan peranan Badan Bukan Kerajaan Islam Malaysia

Palestin dan peranan Badan Bukan Kerajaan Islam Malaysia

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Masjid al-Aqsa Al Mubarak, Baitulmaqdis, Negara Palestin adalah kiblat pertama kaum Muslimin dan ianya sebahagian tempat suci penting Umat Islam seluruh dunia selain di Masjidil Haram di Mekkah dan Masjid Nabawi di Madinah, Negara Arab Saudi.

Mengikut rekod sejarah, sebuah masjid kayu pada asalnya dibina di sini oleh Saidina Umar Al-Khatab, khalifah kedua Islam pada tahun 638 Masihi dan Al Walid ibni Abdul Malik menyiapkan pembinaan masjid ini semasa pemerintahannya pada 705 Masihi.

Bermula pada 14 Mei 1948, sejarah hitam buat penduduk Palestin dan Umat Islam seluruh dunia apabila perisytiharan penubuhan negara Israel ketika itu dan dunia dapat melihat kecendrongan seluruh pentadbiran negara di dunia tentang Palestin dan juga Israel.

Palestin pada masa kini seolah-olah ‘di timpa’ pelbagai asakkan Israel dan sekutunya serta melancarkan pelbagai perancangan untuk ‘memusnahkan’ apa sahaja atas nama dan bumi Palestin yang sedang ‘memanggil’ dunia untuk membantu mereka.

Jesteru, di Negara Malaysia tidak kira bangsa dan Agama perlu ‘membantu’ rakyat Palestin atas nama kemanusian yang ‘diserang’ dengan pelbagai keadaan termasuk fizikal serta nyawa mereka yang memerlukan pembelaan dunia terutamanya juga Malaysia.

Peranan setiap rakyat Malaysia atas nama kemanusian, perlu disampaikan dengan maklumat terkini keadaan rakyat Palestin dan apa yang sedang benar-benar berlaku di sana dengan kesedaran serta penerangan dan informasi yang tepat dan benar.

Sudah tiba masanya semua pihak bersatu atas nama kemanusiaan untuk melihat kerakusan yang dilakukan kepada penduduk dan bumi Palestin terbela, peranan besar Badan Bukan Kerajaan menggerakkan agenda penting ini dengan segera.

Penjelasan yang tepat dan berdasarkan fakta apa yang berlaku di Palestin adalah isu kemanusian dan bukanya isu Agama kerana terdapat juga penduduk Palestin yang bukan dikalangan orang Islam dan mereka semua sedang teraniaya.

Penganjuran penerangan melalui kempen di media arus perdana dan media sosial selain penganjuran Persidangan Meja Bulat dan pelbagai penganjuran perbincangan boleh diaturkan untuk merancangan bantuan yang boleh disalurkan.

Malah, hasilnya juga perlu menjadi suara pendesak agar semua pihak memainkan peranan mereka termasuklah Pertubuhan Kerjasama Islam atau OIC yang semangkin ‘hilang sengat’ untuk membantu negara-negara yang mejoriti penduduk Islam.

Masa kini, Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (Asean) perlu bergerak seiring melalui gerakan Badan Bukan Kerajaan di Asean bertindak sebagai penggerak mencetuskan suara untuk membantu penduduk Palestin.

Jika kita di Asean, boleh dan mampu untuk membantu penduduk Palestin di atas kemampuan dan keupayaan kita dan ianya sebagai contoh pemangkin pula kepada Pertubuhan Besar Dunia untuk turut sama kelak di masa yang akan datang.

Biar bermula di sini, Asean yang dianggotai Badan Bukan Kerajaan masing-masing duduk semeja untuk sama-sama membantu penduduk Palestin yang seolah-olah tiada kesudahan yang dipandang remeh oleh Israel dan sekutunya.

Perlu dijadikan indikator bagi satu lagi usaha seumpama ‘flotila’ oleh Badan Bukan Kerajaan di Malaysia dan ianya perlu digembelingkan bagi menjelaskan suasana sebenar dan menjiwai erti perkongsian keamanan dan perdamaian.

*Penulis adalah Pensyarah Kanan Geopolitik Universiti Teknologi Petronas (UTP).

CATEGORIES