Panggil sidang khas Parlimen tangani isu pembunuhan ‘halal’ di Rohingya

Panggil sidang khas Parlimen tangani isu pembunuhan ‘halal’ di Rohingya

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Kesal dengan tindakan speaker Dewan Rakyat yang menolak usul agar dibahaskan isu pembunuhan beramai ramai demi pernghapusan etnik di Myanmar, ahli Parlimen Pokok Sena menuntut Perdana Menteri untuk bersetuju memanggil satu Sidang Khas Parlimen mengenainya.

Datuk Mahfuz Omar dalam satu kenyataannya berkata, sidang satu dari jam 10 pagi hingga 7 malam perlu diadakan dalam tempoh yang segera dan kerajaan sendiri membawa usul dan cadangan mengenainya.

“Satu plan tindakan di samping usaha menggerakan badan dunia seperti PBB, OIC dan ASEAN untuk segera mengambil langkah diplomatik dan ketenteraan pengaman bagi melindungi dan menyelamatkan etnik Rohingya,” kata Mahfuz dalam satu kenyataannya.

Beliau juga mencadangkan ttahun 2017 wajar dijadikan sebagai tahun ‘Solidariti Antarabangsa untukmu Rohingya’.

Mahfuz Omar kesal usul ahli Parlimen Kuala Terengganu di tolak.“Namun langkah perundingan dengan kerajaan Myanmar mesti bermula dari sekarang untuk mengwujudkan tempoh bertenang bagi menghentikan tentera Myanmar dari terus menggila membunuh dengan kejam,” katanya.

Beliau memetik satu hadis yang bermaksud, “Barangsiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari Kiamat. Barangsiapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat.” (HR. Muslim)

Menurut Mahfuz, ‘Genocide Halal’ atau pembunuhan beramai ramai demi pernghapusan etnik di Arakan sudah berlarutan sejak sekian lama oleh pemerintah Myanmar, tanpa ada kuasa politik dunia yang menghalang.

Kekejaman yang menyayatkan hati ini hanya dilihat dengan keluhan dan rintihan oleh dunia termasuk penguasa di negara umat Islam, tidak berkecuali penguasa Malaysia yang mendabik dada sebagai Kerajaan Islam contoh kepada dunia umat Islam.

Namun pemerintah Myanmar sebuah negara yang kecil dan ekonomi yang lembab bebas bermaharajalela membunuh etnik Rohingya yang beragama Islam, katanya.

Masyarakat dunia pula, katanya, hanya mampu sekadar berdemonstrasi. Bertambah malang apabila kerajaan negara umat Islam tidak berani bertindak lebih daripada sekadar menganjurkan perhimpunan dan mengutuk kerajaan Myanmar yang tidak pun menghentikan keganasan ke atas masyarakat Rohingya.

“Yang diperlukan sekarang ialah apa langkah tindakan yang praktikal untuk menyekat ‘Genocide Halal’ yang bertujuan menghapuskan etenik Rohingya,” katanya.

Bagi beliau, pentas rasmi bersama atas nama negara dan rakyat ialah Parlimen.

Disinilah kerajaan seharusnya mengariskan cadangan serta langkah tindakan yang berani sebagai solidariti ke atas rakyat Rohingya, tambahna.

Apa yang dikehendaki sekarang ialah komitmen dan tindakan kerajaan yang berkuasa dimana sebagai anggota Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Negara Islam (OIC) dan ASEAN untuk melindungi dan menyelamatkan etnik Rohingya dari terus menjadi mangsa pembunuhan kejam regim tentera Myanmar.

“Kesepakatan rakyat Malaysia mesti ditunjukkan melalui satu usul solidariti untukmu Rohingya di Parlimen.Saya yakin tiada seorang pun Ahli Parlimen yang akan menolak jika kerajaan membawa usul tersebut.

“Saya amat kesal apabila speaker menolak usul Ahli Parlimen Kuala Terengganu YB Dato’ Raja Bahrin pada sidang yang lepas hanya atas alasan Malaysia tidak boleh campur tangan negara lain.

“Ini bukan soal campur tangan tetapi ianya adalah kemanusiaan sejagat yang mesti hayati oleh seluruh negara didunia,” katanya.

 

TAGS