Parlimen Kluang bakal ditumpaskan Pakatan Harapan

Parlimen Kluang bakal ditumpaskan Pakatan Harapan

Gelombang merah yang dibawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)  di negeri Johor dijangka akan mengubah corak pengundi di Dewan Undangan Negeri (Dun) Mahkota dalam Parlimen Kluang yang dijangka akan beralih kepada Pakatan Harapan (PH)  pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Parlimen Kluang dengan jumlah keseluruhan 173,464 pengundi itu mempunyai dua Dewan Undangan Negeri (Dun) iaitu Mengkibol sejumlah 42,380 dan Mahkota sejumlah 44,352 pengundi pada PRU13 lalu.

Gelombang merah yang dibawa Bersatu khususnya di Dun Mahkota diyakini akan membantu Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Kluang untuk menumbangkan kerusi tunggal milik Umno-Barisan Nasional (BN).

Ini melihat kepada landskap pengundi dalam Parlimen Kluang yang mengalami penyusutan majoriti pada PRU 2013 dan 2008 lalu.

Setiausaha Bersatu Bahagian Kluang Datuk Kamal Ariffin Abdul Rahman, berkata kerusi Dun Mahkota milik Umno-BN dua penggal yang disandang Datuk Md Jais Sarday itu  hanya  menang majoriti tipis 1,108 undi  sesuatu yang tidak sukar bagi PH merampasnya kali ini.

“Sejak gelombang merah bersama PH di negeri ini mengadakan program dapat dilihat kegoyahan pengaruh terhadap Umno-BN semakin meningkat.

“Terutama di Dun Mahkota kerusi Umno rata-rata orang Melayu semakin menunjukkan sokongan terhadap PPBM,” ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Johor antara negeri yang menjadi sasaran Bersatu dan PH apabila  Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik Pengerusi  Bersatu Negeri  dan Pengerusi  PH Negeri untuk mengetuai pimpinan utama di negeri itu.

{loadposition myposition} Walaupun akan menghadapi pertandingan tiga penjuru, Kamal Ariffin menyakini kerusi Dun Mahkota akan berubah kepada PH.

” Kita (Bersatu) bukan gelombang seperti sebuah parti reformasi dan kita juga bukan sebagai sebuah parti demontrasi.

‘Kita adalah pengolahan dan pembaikan apa yang telah berlaku hari ini dan kita cuba memperbaiki keadaan tersebut supaya kita orang Melayu menjadi dominan kepada kuasa akan datang.

‘Ia bukan bermakna kita mahu jadi ‘ketuanan’ selamanya kerana kita ada kuasa dalam politik.

“Tetapi dalam politik ia memerlukan ‘kuasa yang besar’ dalam pemerintah sesebuah negara. Tidak ada satu pun negara yang boleh kekal lama jika parti tidak berkuasa.

“Justeru PH perlu meletakkan asas yang tinggi iaitu parti yang ‘hidup’, ialah parti yang memerintah walaupun PPBM dalam PH tetapi yang menjadi dominan adalah PPBM di negeri ini,” ujarnya.

Gelombang merah yang dibawa Bersatu di negeri itu dalam dua program besar sebelum itu dan terkini himpunan rakyat sempena sambutan ulang tahun pertama Sabtu lalu, parti itu memberi petunjuk kerusi tunggal milik Umno-BN di Dun Mahkota itu akan dirampas PH.

“Di negeri ini kita dapati ramai pengundi senyap untuk menyokong PH.

“Kita tidak mahu menjadi ‘pembangkang’ kita mahu jadi ‘pemerintah’. Jika kita letakkan istilah ‘pembangkang’ ia tidak menjadi untuk menambat hati pengundi agar menyokong perjuangan PH.

“Biarkan Umno-BN saja anggap PPBM-PH ini ‘pembangkang’ tapi rakyat yang menyokong kita menganggap kita adalah parti pemerintah sekiranya PH mengetuai negeri ini kelak,” ujarnya.

Dalam PRU13 lalu kerusi Parlimen Kluang dimiliki wakil rakyat DAP Liew Ching Tong, Dun Mengkibol Tan Hong Pin (DAP) dan Dun Mahkota Datuk Md Jais Sarday (BN).

CATEGORIES
TAGS