Parti Ezam sah dalam rekod ROS

Parti Ezam sah dalam rekod ROS

Setiausaha Agung Parti Generasi Baru S Gobi Krishnan  menegaskan Datuk Mohd  Ezam Mohd Noor sah sebagai Pengerusii parti itu, berdasarkan rekod Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Dalam sidang media diadakan semalam, Presidennya Datuk G. Kumar dipetik berkata, tindakan itu dilakukan bekas Setiausaha Agungnya S.Gobi Krishnan setelah beliau digantung keahlian bulan lalu.

Dakwanya Gobi Krishnan telah bertindak sesuka hati membelakangkan parti dengan menubuhkan jawatankuasa pusat baharu tanpa sebarang mesyuarat atau notis dibuat dan tanpa persetujuan 300 ahli.

Gobi Krishnan berkata, Ezam dipilih secara rasmi dalam mesyuarat Majlis Tertinggi pada 11 Mac lalu dan kemudian disahkan dalam mesyuarat agung khas pada 30 Mac.

“Perkara ini telah pun dikemukakan secara rasmi kepada pihak ROS dan dikemaskini dalam sistem EROSES serta diterima oleh pihak ROS sebagai AJK sah terkini,” katanya seperti dipetik Malaysiakini.

Khairuddin Abu Hassan Kenyataan itu dikeluarkan selepas pertikaian berkaitan status kepimpinan baru parti itu apabila “presiden” G Kumar Aaman mendakwa Ezam telah merampas parti itu.

Ezam kemudian menukar nama parti itu kepada Parti Bebas Rasuah dan masih menunggu kelulusan ROS.

Dalam kenyataan hari ini, Gobi Krishnan berkata semua urusan kewangan parti tersebut tiada sebarang salah laku seperti didakwa.

Malah, katanya, laporan penyata kewangan terkini telah pun diaudit dan disahkan oleh ROS seperti dipetik.

Dalam perkembangan sama hari ini, Timbalan Pengerusi Parti Generasi Baru Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan  pula menegaskan parti itu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap tiga individu yang mendakwa mereka adalah presiden dan setiausaha agung yang sah.

“Ketiga-tiga konspirator dan beberapa pihak lagi harus bersiap sedia untuk hadapi tindakan undang-undang dari kepimpinan parti kami.

“Puak ini secara sengaja dan jahat telah memfitnah serta cuba menjatuhkan kredibiliti kami,” ujarnya dalam satu kenyataan petang ini.

Khairuddin berkata, parti itu sedang berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Presiden Parti Cinta Malaysia Huan Cheng Guan,Datuk G. Kumar Aaman, Mohamad Zaini Jaafar serta beberapa pihak lagi yang terlibat memfitnah parti itu.

“Saya juga amat hairan dengan Huan Cheng Guan yang bukan ahli Parti Generasi Baru tetapi dia yang paling kalut mengadakan sidang akhbar bagi menjatuhkan reputasi kami semua,” ujarnya.

Sistem EROSES yang diterima ROS sebagai AJK terkini  adalah yang sah.

TAGS