Parti pembangkang digesa segera ke meja rundingan

Parti pembangkang digesa segera ke meja rundingan

Parti pembangkang digesa untuk segera ke meja rundingan bagi membincangkan kerjasama menumbangkan BN kata, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Parti pembangkang digesa untuk segera ke meja rundingan bagi membincangkan kerjasama menumbangkan BN kata, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub.

Beliauberkata, formula satu lawan satu adalah cadangan praktikal dan dapat direalisasikan jika semua parti pembangkang mempunyai matlamat sama iaitu menukar kerajaan yang baru.

“Sebelum mencapai kata sepakat tentang siapa bertanding, semua parti pembangkang kena segera bersetuju untuk ke meja perundingan. Selepas itu baru kita boleh berbincang mengenai masalah pembahagian kerusi dan sebagainya.

“Tetapi, syaratnya ialah semua parti pembangkang kena ada satu matlamat yang sama dan kita perlu berganding untuk capai matlamat itu,” katanya seperti dilapor Sinarharian.

Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini dilaporkan berkata, pembangkang perlu bergabung termasuk menggunakan formula satu lawan satu bagi mengalahkan BN.

Beliau berkata, cabaran seperti isu pembahagian kerusi boleh diselesaikan jika semua parti pembangkang mencapai kata sepakat.

“Dalam soal pembahagian kerusi, kita kena letakkan calon boleh menang dan calon yang penting untuk negara.

“Kita juga mesti sepakat memberikan laluan kepada parti-parti lain supaya formula satu lawan satu itu boleh tercapai,” katanya.

Menurutnya, bagi memastikan kejayaan formula itu, semua parti pembangkang perlu terbuka dan mengetepikan agenda parti masing-masing.

Malaysia Dateline pada Ogos lalu juga turut melaporkan kenyataan Sallahuddin menyambut baik kesediaan sesetengah pemimpin Pas untuk memastikan satu lawan satu dalam pilihanraya umum akan datang dan mencadangkan agar semua parti pembangkang bermesyuarat segera untuk membentuk pakatan bersama.

Amanah katanya bersedia duduk semeja dengan Pas bagi tujuan itu.

Salahudin mengulas kesediaan sesetengah pimpinan Pas yang dimulakan oleh Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengajak semua parti pembangkang menghentikan serangan sesama mereka.

Saranan beliau disokong oleh naib presiden Datuk Mohamad Amar Abdullah dan semalam ketua pengarah pilihan raya Pas, Datuk Mustafa Ali turut menyokong cadangan itu.

Mustafa berkata, berdasarkan kajian dan analisis Jabatan Pilihan raya Pas (JPP) Pusat, pertandingan ‘satu lawan satu’ adalah cara terbaik untuk menghilangkan kuasa Umno BN yang memerintah hari ini.

TAGS