Parti sudah lulus, peluang PPBM kotakan janji bawa budaya politik baharu

Parti sudah lulus, peluang PPBM kotakan janji bawa budaya politik baharu

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) melahirkan rasa gembira kerana Pendaftar Pertubuhan (RoS) semalam meluluskan penubuhan parti politik
baharu itu dan membolehkan parti itu mengotakan janji untuk membawa budaya politik baharu di negara ini.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Permohonan Ahli Jawatankuasa protem Parti Pribumi Bersatu Malaysia menjadi sebuah parti politik kini sudahpun diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) melahirkan rasa gembira kerana Pendaftar Pertubuhan (RoS) semalam meluluskan penubuhan parti politik baharu itu dan membolehkan parti itu mengotakan janji untuk membawa budaya politik baharu di negara ini.

Setiausaha Agung protem PPBM Kamarulazaman berkata, dengan tertubuhnya PPBM telah menolak banyak andaian dibuat oleh Umno terhadap usaha bekas ahli-ahlinya untuk menubuhkan sebuah parti politik baharu.

“Tertubuhnya parti ini kerana desakan dari akar umbi ahli Umno, walaupun ada melabelkan penubuhan parti baharu ini dipelopori dikalangan ahli Umno yang kecewa.

“Memang betul kami kecewa… tetapi kecewa kami dengan keadaan tahap hidup rakyat, kecewa dengan kesan kepimpinan Umno, kami kecewa dengan 
perdana menteri PM, kami juga kecewa dengan persepsi dunia terhadap negara ini.

“Tetapi kami bukannya kecewa kerana tiada dapat jawatan ini kerana barisan jawatankuasa protem parti ini bukan dikalangan mereka yang gilakan jawatan ketika mereka dalam Umno.

“Jadi kami yang kecewa atas sebab itu, berusaha untuk lakukan ‘pembersihan Umno’. Kami yang ‘bersih’ ini sebenarnya yang telah meninggalkan ‘kekotoran’ di dalam Umno kerana yang kotor dalam Umno hari ini tidak mungkin akan dapat dibersihkan lagi,” ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Beliau turut melahirkan rasa gemira kerana RoS juga mengotakan janji mereka untuk meluluskan pertubuhan parti politik baru itu dalam tempoh sebulan yang ditetapkan walaupun RoS meluluskan parti itu  dengan mengunakan singkatan akroname PPBM.

“Kami gembira kerana RoS sudah luluskan parti yang mahu kami tubuhkan ini walaupun ia tidak disebut ‘Bersatu’.

“Sekarang kami  mempunyai peluang untuk kita mengotakan janji akan membawa budaya politik baharu dan akan mengamalkan politik bersih.

“Jika kami diberi peluang kami akan berusaha bersunguh-sungguh ke arah itu kerana usaha menubuhan parti ini bukan dibuat oleh pemimpin tetapi atas desakan ahli akar umbi Umno,” ujar Pengerusi Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) ini.

Semalam pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia  diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) dengan nama singkatan PPBM.

Penubuhan parti baharu  itu telah diumumkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan didaftarkan pada 9 Ogos lalu.

Ditanya mengenai pendirian parti itu terhadap pertemuan Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Isnin, lalu, tegasnya, pelbagai persepsi yang timbul hasil daripada pertemuan itu harus ditolak.

“Pertemuan Tun M dan Anwar adalah pertemuan bersejarah. Kita akan tentukan semua persengketaan ini akan diperbetulkan kerana kedua pemimpin ini bersatu kerana usul Akta MKN (Akta Majlis Keselamatan Negara).

“Kami dan pakatan pembangkang kena tolak ketepi perbezaan pendapat dan peribadi demi meneruskan matlamat kita bersama.

“Jadi kami sudah menunjukkan bahawa kami amalkan apa yang pernah dicakapkan demi kebaikan negara ini.

“Kalau kami rasa Akta MKN itu berbahaya pada negara tidak kira siapa yang usulkan dan bawa ke mahkamah jika ia baik untuk rakyat dan negara kita bersama-sama akan sokong,” ujarnya.

Justeru katanya, pemimpin Umno berpandangan pertemuan Tun M dan Anwar seolah-olah menunjukkan PPBM tiada kekuatan dan memerlukan sokongan
pakatan pembangkang adalah tidak berasas langsung.

“Persoalannya adakah Umno-BN sudah mula gentar dengan pertemuan itu? Sedangkan tanpa pertemuan itu juga kami sudah ada kekuatan. Anwar dan Tun
M adalah pemimpin yang akan dikenang dalam sejarah manusia dan politik.

“Dengan tertubuhnya PPBM maka Umno sebenarnya kena berfikir selangkah di hadapan kerana kami dan pakatan pembangkang akan sentiasa berada di
hadapan mereka lebih dari selangkah ke hadapan, mungkin dua tiga langkah ke hadapan,” ujarnya.

Dimaklumkan  juga hari ini  Tun Dr Mahathir Mohamad dan  Tan Sri Muhyiddin Yassin akan berkunjung ke ibu pejabat Pendaftar Pertubuhan di Purtajaya untuk mengambil sjil pendaftaran pertubuhan parti itu dan satu mesyuarat khas akan  diadakan oleh ahli jawatankuasa protem PPBM antara yang akan dibincangkan adalah penyertaan ahli baru ke dalam parti itu yang akan dilakukan secara online dan manual antara agenda utama dalam mesyuarat tersebut.

TAGS