Pas adakan solat  jenazah Ghaib  di Masjid Negeri  Shah Alam esok

Pas adakan solat jenazah Ghaib di Masjid Negeri Shah Alam esok

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Pas akan mengadakan solat jenazah ghaib, Mursyidul Am Pas Allahyarham Datuk Dr Haron Din pada 17 September jam 9.00 pagi.

Dalam satu kenyataan Ketua Penerangannya Nasrudin Hassan menyatakan solat jenazah Ghaib ini akan diimamkan oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang akan diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

“Insyaallah jenazah akan di mandikan pada jam 10 pagi Jumaat 16 Sept 2016 . Sementara solat jenazahnya akan dilansungkan sejurus selesai solat Jumaat (waktu tempatan) yang bersamaan jam 1 pagi ini waktu Malaysia,” ujarnya.

Orang ramai dijemput hadir untuk memberikan penghormatan kepada Allahyarham yang akan disolatkan di Masjid An-Noor Santa Clara di San Fancisco selepas selesai solat Jumaat di sana.

Allahyarham Dr Haron, 76, meninggal dunia pada 10.10 pagi (waktu Malaysia) di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.

Keputusan mengebumikan Allahyarham di Amerika Syarikat dibuat atas wasiat Dr Haron Din sendiri dan peraturan Amerika Syarikat berhubung penghantaran jenazah melalui pesawat yang dianggap merumitkan dan disifatkan sebagai ‘menyeksa mayat’.

Allahyarham meninggalkan isteri Datin Khatijah Salleh serta dua anak lelaki dan tiga anak perempuan.

 

TAGS