Pas guna skrip lapuk Umno burukkan PH, kata Armada Bersatu

Pas guna skrip lapuk Umno burukkan PH, kata Armada Bersatu

Dulu Pas yang menentang habis-habisan dan menolak politik perkauman tetapi sekarang Pas pula yang mewujudkan api perkauman, selar Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Beratu) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Beliau berkata, Pas tidak ubah seperti Umno yang cuba menggunakan isu kaum untuk menarik undi dengan menakut-nakutkan orang Melayu terhadap DAP supaya mereka tidak mengundi pembangkang.

“Dulu semasa Pas berada dalam Pakatan Rakyat, merekalah yang memanggil Tun M ‘Ultras Melayu’ tapi sekarang mereka kata Tun M diperkudakan oleh DAP.

“Betapa mudahnya seseorang yang dikenali sebagai ‘Ultra Melayu’ tapi sekarang ini difitnah sebagai kuda DAP.

“Secara logiknya, mana mungkin seseorang yang diperkudakan oleh DAP mampu menjadi Pengerusi Pakatan Harapan

“Saya nak tanya kepada Pemuda PAS, yang mana satu betul, Tun Ultra Melayu atau pun kuda DAP?,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

{loadposition myposition} Beliau mengulas mengenai kenyataan Ketua Pemuda Pas Muhammad Khalil Abdul Hadi, semalam yang dipetik berkata, DAP sudah mencengkam tiga parti dalam gabungan itu PKR, AMANAH dan Bersatu sebagai proksi.

Justeru Muhammad Khalil berpandangan keadaan itu mendedahkan hakikat bahawa undi kepada parti dalam Pakatan Harapan bermakna memberi undi kepada DAP.

Menurut Syed Saddiq lagi walaupun DAP menang semua kerusi yang dipertandingkan dalam PRU-14 ini, mereka tidak akan mampu membentuk sebuah Kerajaan Persekutuan tanpa parti-parti komponen Pakatan Harapan yang kerana kerusi yang akan ditandingi DAP tidak banyak.

“PPBM adalah parti pribumi yang memperjuangkan hak-hak orang Melayu-Islam tanpa mengenepikan hak-hak kaum yang lain.

“Bukan DAP yang mendominasi Pakatan Harapan, kita juga ada Parti Keadilan Rakyat dan Parti Amanah Negara dimana majoriti daripada ahli parti itu adalah Melayu dan Islam

“Kita sepatutnya menggunakan politik sebagai alat perpaduan tetapi sekarang ahli politik yang memecahkan kita. Kita perlukan pemimpin daripada pelbagai kaum tapi masih ada hasutan-hasutan berunsur perkauman yang dilakukan. Hentikan lah politik perkauman bawa politik yang matang.

“Lagi pun Pas gunakan skrip lapuk Umno, lagi jelas kepada rakyat bahawa 1 undi untuk Pas sama dengan 1 undi untuk Umno.

“Mungkin betul lah apa yang dikatakan selama ini, PAS selepas zaman Arwah TGNA telah pun hilang arah. Sangat sayang sekali. Sangat sangat sayang sekali,” bidasnya.

CATEGORIES