Pas kemaruk kuasa kekal dalam kerajaan Selangor

Pas kemaruk kuasa kekal dalam kerajaan Selangor

Penglibatan Pas dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor adalah amalan yang bukan sekadar kemaruk kuasa, tetapi juga politik curang yang tidak berprinsip, tegas Pengarah Komunikasi AMANAH Selangor Jamzuri Ardani.

Beliau berkata, pendirian Pas bahawa tidak ada masalah jika parti masih berada dalam pentadbiran Selangor walaupun tidak ada lagi kerjasama dengan PKR menunjukkan Pas tidak faham urustadbir sebuah kerajaan.

Ia walaupun Pas telah terlibat dalam pentadbiran kerajaan di peringkat negeri begitu lama.

“Saya ambil satu contoh apabila seorang anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor dari Pas mengeluarkan arahan solat hajat kepada masjid dan surau sebagai bantahan penganjuran satu konsert hiburan, sedangkan konsert itu telah diluluskan oleh pihak berkuasa kerajaan yang beliau sendiri adalah exconya.

“Ini sangat bertentangan dengan amalan “collective responsibility” di dalam pentadbiran sebuah kerajaan,” katanya.

{loadposition myposition}

Baru-baru ini, Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi berkata, keputusan PKR Selangor untuk tidak mengadakan sebarang kerjasama dengan Pas negeri itu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak memberi kesan kepada kedudukan Exco Pas.

“Tidakkah YB Sallehin faham bahawa keberadaan Pas di dalam pentadbiran kerajaan Selangor tidak menepati amalam sistem Westminster yang sedia diguna pakai sejak merdeka lagi,” katanya.

Konvensyen AMANAH Selangor Sabtu lalu meluluskan usul meminta Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengkaji semula kedudukan Pas dalam pentadbiran Selangor.

CATEGORIES
TAGS