PAS kurang pengaruh di Sarawak, kata presiden PKR

Ketika menegaskan Pakatan Harapan (PH) akan bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, PAS kurang pengaruh di negeri bumi kenyalang itu.

“Di Sarawak PAS kurang presence (pengaruh). PAS tak ada kerusi di sana. Presence PAS di Sabah dan Sarawak tidak sama (seperti) di Semenanjung (Malaysia),” katanya selepas mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Harapan hari ini.

Ketika ditanya mengenai kerjasama PKR dengan PAS dan Amanah, Azizah tidak menjawab secara khusus sebaliknya berkata pengaruh PAS kurang di Sarawak.

Kenyataan Wan Azizah memberikan isyarat kerjasama yang semakin longgar antara PKR dengan PAS. Namun beliau bagaimanapun berkata, perbincangan mengenai pembahagian kerusi di Sarawak masih belum dibincangkan

“Kita belum bincang mengenai pembahagian kerusi tetapi Pakatan Harapan akan saling membantu dalam PRN nanti,” katanya.

PRN Sarawak dijangka diadakan sebelum pertengahan tahun hadapan selepas tempohnya tamat menjelang pertengahan tahun.

Turut bersama dalam sidang media tersebut ialah Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

TAGS