Pas minta kerajaan kaji semula pindaan Akta 164

Pas minta kerajaan kaji semula pindaan Akta 164

Pas meminta kerajaan mengkaji semula Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) dengan menubuhkan jawatankuasa khas untuk merangka dan mengemukakan penyelesaian yang lebih adil, menyeluruh dan inklusif.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, jawatankuasa ini perlu melibatkan semua pihak yang berkepentingan sama ada daripada kalangan penganut Islam dan juga agama-agama lain.

“Jawatankuasa ini juga perlu mendapatkan pandangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, pengamal undang-undang syariah dan sivil, pihak badan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya yang merupakan pihak yang terkesan secara langsung dalam pindaan Akta 164 ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Akta 164 dalam proses untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat.

Akta 164 ini adalah secara langsung berkaitan hak kekeluargaan orang Islam di Mahkamah Sivil, status agama anak, hak penjagaan, nafkah dan pengagihan harta.

Ahli parlimen Marang itu berkata, kesan keseluruhan Akta 164 adalah sangat serius kerana membabitkan kebebasan umat Islam untuk mengamalkan agama mereka.

“Akta 164 memberi kesan terhadap kebebasan umat Islam untuk mengamalkan agama mereka dan mempertahankan aqidah tanpa gangguan daripada mana-mana pihak sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, pencemaran terhadap keutuhan institusi Mahkamah Syariah dan keharmonian masyarakat berbilang kaum, agama dan etnik dalam negara kita,” katanya.

TAGS