Pas Sarawak sedia bertanding 11 Dun untuk suburkan demokrasi

Pas Sarawak sedia bertanding 11 Dun untuk suburkan demokrasi

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Pas Sarawak akan bertanding di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak dalam pilihan raya negeri akan datang bertujuan menyuburkan amalan demokrasi dan memperkukuhkan sistem semak dan imbang dalam urus tadbir negeri.

Sebelas kawasan Dun yang bakal ditandingi Pas negeri adalah Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau.

Selain kawasan tradisi Beting Maro, Pas juga akan meletakkan calon di Dun Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut.

Serentak dengan itu, Pas Sarawak melancarkan Tawaran Sejahtera PAS Untukmu Sarawak yang disempurnakan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kuching, 12 Mac lalu.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Badan Perhubungan PAS negeri, parti itu menawarkan lima perkara kepada rakyat Sarawak yang antara lain mempertahankan hak anak negeri; memelihara hak pelbagai kaum, agama dan budaya; menuntut royalti 20% bagi hasil minyak dan gas; capaian menyeluruh kemudahan asas rakyat; dan sedia mendengar aduan rakyat.

“Sebagai sebuah parti yang berdasarkan Islam, PAS sentiasa beramanah, berintegeriti dan berpegang kepada janji.

“Sekiranya calon-calon PAS terpilih sebagai Adun, kami akan berusaha sedaya-upaya menyempurnakan kesemua tawaran yang telah dijanjikan,” kenyataan media itu dipetik.

TAGS