Pas sedia bekerjasama dengan NGO kemuka Manifesto Untuk Rakyat

Pas sedia bekerjasama dengan NGO kemuka Manifesto Untuk Rakyat

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Pas menerima baik cadangan dan bersedia bekerjasama dengan 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk kemukakan Manifesto Untuk Rakyat (MUR) dalam Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.

Pesuruhjaya Pas Sarawak Jofri Jaraiee berkata parti itu sentiasa terbuka dan bersedia bekerjsama dengan NGO-NGO yang memperjuangkan nasib rakyat.

“Pas Sarawak bersedia bekerjasama dengan 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ini yang ingin mengemukakan Manifesto Untuk Rakyat (MUR) kepada pihak pemerintah.Kebanyakan isu-isu seperti kos sara hidup rakyat, tanah Hak Adat Bumiputera (NCR),isu demokrasi dan sebagainya memang antara isu yang diperjuangkan Pas selama ini.

“Pas akan berjumpa dengan pihak yang berkenaan sekiranya mereka memerlukan MUR mereka diketengahkan semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

“Ini untuk membuktikan bahawa Pas memang berjuang untuk semua kaum selama ini tanpa mengira bangsa dan agama.

“Dengan kerjasama ini nanti pasti akan membuahkan hasil yang baik untuk rakyat yang berbilang etnik di negara ini terutama di Sarawak. Pas menanti pelawaan semua NGO yang bersedia bekerjasama untuk kepentingan semua rakyat Sarawak kepada pihak pemerintah dengan lebih berkesan lagi.” ujarnya dalam satu kenyataan.

Antara NGO yang bergabung mengemukakan manifesto itu ialah Save Rivers, Jaringan Orang Asal SeMalaysia (Joas), Borneo Resources Institute Malaysia (Brimas) dan Jaringan Tanah Hak Adat Asal Sarawak (Tahabas).

Persatuan Dayak Iban Sarawak (Sadia), Non-Timber Forest Product Malaysia (NTFP), Persatuan Dayak Sarawak (Pedas), Gerakan Dayak Sarawak (Gasak) dan Integrated Development for Eco-Friendly and Appropriate Lifestyle (Ideal).

TAGS