Adun Terengganu tuntut 10 perkara, kembalikan royalti minyak, telaga minyak Bertam

Adun Terengganu tuntut 10 perkara, kembalikan royalti minyak, telaga minyak Bertam

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak diminta untuk mempertimbangkan terma perjanjian dalam 'amicable agreement' serta mengembalikan semula hak royalti minyak dan telaga minyak Bertam 307 kepada kerajaan negeri Terengganu.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Dr Syed Azman Syed Nawawi Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak diminta untuk mempertimbangkan terma perjanjian dalam ‘amicable agreement’ serta mengembalikan semula hak royalti minyak dan telaga minyak Bertam 307 kepada kerajaan negeri Terengganu.

Gesaan ini dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Ahmad dalam sepucuk surat terbuka kepada perdana menteri hari ini.

Menurut Dr Syed Azman sebagai anak Terengganu dan mewakili rakyat negeri itu beliau rasa tercabar dengan perjanjian dibuat oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dengan syarikat milik kerajaan Petronas dengan persetujuan tujuh terma perjanjian yang disebut sebagai ‘7 amicable agreement’ yang akan dilaksanakan oleh kerajaan pusat, Petronas dengan kerajaan negeri Sarawak.

” Syabas saya ucapkan kepada Ketua Menteri Sarawak serta seluruh rakyat Sarawak. Namun setelah meneliti terma ‘7 amicable agreements’ berkenaan, saya sebagai anak Terengganu merasa amat tercabar dengan perkembangan terbaru ini.

“Namun berbanding dengan negeri Sarawak, kami di Negeri Terengganu kini telah kehilangan segala hak kami! Kebanyakan rakyat Terengganu pula terpaksa berhadapan dengan kekangan kehidupan yang amat perit sedangkan negeri Terengganu merupakan negeri pengeluar minyak dan pernah dikenali sebagai‘Kuwait Malaysia’.

“Kemelut ekonomi Terengganu juga sedang membelit seluruh kehidupan rakyat sehingga ke pundaknya. Rakyat Terengganu khususnya anak muda ramai tiada sumber pekerjaan yang tetap termasuk mahasiswa yang kini menjadi penganggur,” ujarnya.

Beliau berfikiran adalah wajar sekiranya kerajaan juga memberikan ‘amicable agreement’ sepertimana yang telah termeterai antara kerajaan persekutuan, Petronas dan kerajaan negeri Sarawak.

“Saya mewakili seluruh warga dan rakyat Terengganu *menuntut 10 perkara asas ‘amicable agreements’ agar dapat dipersetujui dengan kerajaan negeri Terengganu, ” jelasnya di dalam surat terbuka tersebut.

Datuk Seri Mohd Najib Razak digesa menimbangkaan tuntuan sama 'Amicable Agreement' kepada kerajaan negeri Terengganu.Cadangan 10 Tuntutan ‘Amicable Agreement’ untuk kerajaan negeri Terengganu:

1.Mengembalikan Royalti Minyak kepada kerajaan Terengganu* bersesuaian dengan perjanjian asal di bawah Fasal 2 Perjanjian Royalti yang telah ditandatangani diantara kerajaan negeri Terengganu, Kerajaan Persekutuan dan Petronas pada tahun 1975.

2.Melantik anak tempatan Terengganu sebagai Ahli Lembaga Pengarah Petronas* seperti yang dipersetujui dengan kerajaan Sarawak.

3.Mengisi sebarang jawatan kosong yang berlaku dalam syarikat itu khususnya di negeri Terengganu pada masa sekarang perlu diiklankan dalam akhbar tempatan dan *diisi oleh rakyat Terengganu.* Pihak Petronas juga perlu berunding dengan kerajaan negeri jika anak tempatan tidak sesuai bagi pekerjaan tersebut.

4.Petronas juga perlu menyediakan sekurang-kurangnya 100 tempat untuk anak Terengganu bagi melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Petronas* setiap tahun. Juga memberi latihan teknikal secara intensif dan mendaftar lebih kemasukan untuk rakyat negeri ini di pusat latihan syarikat itu di seluruh negara.

5. Petronas juga perlu komited menyokong sebarang pembangunan industri Petrokimia serta menyokong industri Petrokimia dan hiliran lain secara *‘Joint Study’* dengan mana-mana syarikat tempatan Terengganu serta kerajaan negeri Terengganu.

6.Petronas bersama Kerajaan Pusat juga perlu mempertimbangkan sekiranya kerajaan Terengganu berminat untuk terlibat dalam *Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC)* bagi manfaat negeri ini.

7.Mengkaji pelan kerja Petronas untuk *meningkatkan jumlah pekerja dalam kalangan anak Terengganu* dalam bahagian pengurusan, pengurus, eksekutif dan bukan eksekutif menjelang 2020.

8.Mengembalikan kesemua *Wang Royalti Terengganu yang berjumlah RM1.5 bilion* yang telah digunakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk perlaksanaan beberapa projek pembangunan di negeri lain.

9.Mengembalikan hak *Telaga Minyak Bertam Blok 307* kepada kerajaan negeri Terengganu yang kini ‘diserahkan’ kepada negeri Pahang dengan kadar segera.

10.Mengkaji tuntutan agar kerajaan negeri Terengganu juga dipertimbangkan permohonan royalti minyak dinaikkan daripada 5 kepada 20 peratus. Perkara ini juga boleh dibincangkan bersama dengan kerajaan negeri Sarawak kemudian.

Kerajaan negeri Terengganu sebelum ini menerima pembayaran Wang Royalti secara tunai menurut perjanjian Akta Kemajuan Petrolium 1974, telah ia telah dimansuhkan pada 5 September 2000 dan digantikan dengan ‘Wang Ehsan’ yang dikendalikan terus oleh Kerajaan Pusat.

Ini kerana semua telaga minyak yang ditemui selama ini dan terletak di perairan Terengganu bukan lagi menjadi milik ‘sah’ kerajaan Terengganu kerana kedudukannya kini di luar daripada tiga batu nautika.

Negeri Terengganu telah meyumbangkan hasil minyak dan gas kepada Kerajaan Persekutuan sejak hampir 40 tahun bermula pada  1975.

“Namun, apakah wajar Royalti sebanyak 5% yang di terima oleh kerajaan Terengganu sejak dari tahun 1978 kini terbatal sepenuhnya dan hanya dianggap sebagai ‘Ihsan’ dan ‘dana khas’dari Kerajaan Persekutuan?

“Sedemikian apakah wajar perjanjian royalti minyak diantara kerajaan negeri Terengganu bersama dengan Kerajaan Persekutuan dan Petronas yang ditandatangani sejak tahun 1975 lagi juga sudah di anggap sebagai terbatal?,” soalnya.

Katanya lagi kerajaan Terengganu kini tidak mempunyai sebarang hak atas apa jua tuntutan hasil minyak dan gas yang terletak diperairan negeri.
Selain itu beliau turut menyebut berkaitaan, Telaga Minyak Bertam Blok PM 307 yang di temui dan sah terletak diperairan negeri Terengganu kini di’serah’ sepenuhnya kepada kerajaan negeri Pahang dakwanya.

Malah, ‘Syarikat Lundin Oil’ yang merupakan syarikat carigali yang berpengkalan di Sweden yang melaksanakan kerja-kerja carigali di kawasan berkenaan dengan kerjasama Petronas Carigali, ujarnya lagi, telah mengesahkan bahawa Bertam Blok PM 307 ini terletak di perairan negeri Terengganu.

Beliau mahu perdana menteri dan kerajaan pusat dapat mengkaji kembali kedudukan itu yang berlaku terhadap negeri Terengganu ini.

 

TAGS