PAS tidak bergabung  dengan Pakatan Harapan

PAS tidak bergabung dengan Pakatan Harapan

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

PAS kekal dengan pendirian untuk tidak bergabung dengan Pakatan Harapan, meskipun sedar bakal berdepan cabaran getir pada PRU14.

Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, pendirian PAS tetap kukuh dan yakin dengan kemampuan parti untuk menang kerusi yang ditandingi pada PRU14 tanpa bantuan daripada Pakatan Harapan.

“Kita tidak dengan Pakatan Harapan. Pendirian PAS tetap begitu (tiada gabungan). Insya-ALLAH, kita yakin dengan kemampuan kita. Pandangan dia sebagai orang luar, terpulanglah,” katanya kepada Sinar Harian online.

Beliau berkata demikian mengulas pandangan Nik Omar, anak kepada bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berpandangan, PAS tidak boleh bersendiri, sebaliknya perlu bergabung dengan Pakatan Harapan dalam menghadapi PRU14.

Menurut Nik Omar, PAS perlu bergabung kerana sejarah membuktikan PAS tidak mampu memperoleh keputusan baik ketika bersendirian menghadapi PRU.

TAGS